Now Reading
Perbetulkan Keadaan -Sharnaaz Fail Nusyuz Terhadap Noor Nabila

Perbetulkan Keadaan -Sharnaaz Fail Nusyuz Terhadap Noor Nabila

Rata-rata yang mengikuti perkembangan dunia hiburan pasti tahu krisis yang sedang melanda rumahtangga Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila. Kakak kepada pengacara terkenal Neelofa itu baru-baru ini telah memfailkan penceraian terhadap suaminya namun sewaktu di mahkamah, pelakon terbabit dikatakan menolak tuntutan cerai tersebut kerana ingin menyelamatkan rumah tangga mereka yang sudah terbina selama 2 tahun

Hakim Syarie Ahmad Mutaqqi kemudiannya memutuskan bahawa kedua-dua mereka perlu menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP)

Baca artikel berkaitan disini : Sharnaaz Ahmad Tolak Tuntutan Cerai Nabila

Noor Nabila kemudiannya pada 13 September telah memfailkan permohonan interim hadanah (hak jagaaan sementara) terhadap anak mereka, Jebat Jayden di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

Jebat Jayden yang kini berusia 1 tahun. Foto : IG Noor Nabila

Terbaru kemelut mereka berterusan dengan Sharnaaz diberitakan telah memfailkan permohonan nusyuz terhadap Noor Nabila di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Permohonan itu difahamkan sudah difailkan  oleh peguam pelakon berkenaan , Datuk Akberdin Abdul Kader pada 19 September lalu bertujuan untuk memperbetulkan keadaan serta spekulasi yang heboh diperkatakan mengenai keretakan rumah tangga mereka

Sebab utama adalah untuk kita sama-sama selesaikan perkara ini dengan cara yang paling baik. Yang paling penting adalah untuk kebaikan bersama – Sharnaaz Ahmad

Sharnaaz dan Nabila Foto: IG Sharnaaz

Akberdin memaklumkan pihaknya telah menyerahkan saman kepada pihak Nabila pada 22 September yang sewaktu prosiding di hadapan Hakim Syarie Ahmad Mutaqqi Ismail.

Perkara itu disahkan peguam syarie Azmi Mohd Rais yang mewakili Noor Nabila yang kemudian memohon satu tarikh bagi memasukkan pembelaan mereka.

Mahkamah kemudian menetapkan 6 November ini untuk sebutan semula kes, tarikh yang sama untuk jawatankuasa pendamai (JKP) mengemukakan laporan selepas prosiding pelantikan wakil JKP oleh kedua mereka harini.

Dipetik dari Metro, Noor Nabila melantik ayah tirinya, Abdul Halim Khan manakala Sharnaaz melantik kakaknya Dr Sherrini Ahmad Bazir Ahmad sebagai wakilnya.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia setahun.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.