Nabila Razali Ambil Kelas Vokal Sebab Suara Selalu Dikritik
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Penyanyi Nabila Razali difahamkan kini telah mengikuti kelas vokal untuk memperbaiki teknik vokal dan nyanyiannya.
Dipetik dari Gempak, Nabika membuat keputusan untuk mengikuti kelas vokal kerana vokalnya sebelum ini kerap kali dikritik netizen.
“Tak dinafikan saya ikuti kelas vokal kerana suara saya selalu dikritik netizen sebelum ini.
“Saya harus perbaiki kelemahan diri dan semestinya tidak mahu perkara yang sama berulang lagi, bagi saya, kalau saya lakukan sesuatu untuk peminat, saya akan lakukan yang terbaik,” kata Nabila kepada portal berkenaan.
Namun menurut penyanyi lagu Vroom vroom itu lagi, kelas vokal yang disertainya membuatkan dia lebih selesa dan akhirnya berkeputusan untuk menyambung kelas tersebut demi kebaikan diri nya sendiri.
“Lama-kelamaan, saya rasa selesa mengikuti kelas vokal dan sekarang saya lakukannya lebih kepada mencari kebaikan untuk diri sendiri, bukan disebabkan kritikan orang ramai semata-mata,”
Peserta Akademi Fantasia 2013 ini juga sudah mula menjinakkan diri kedalam dunia lakonan selepas hampir 6 tahun berada didalam bidang nyanyian.
Sumber gambar : IG Nabila Razali