fbpx
Now Reading
“Aliff Mungkin Terkena Buatan Orang, Ada Yang Nak Dia Gila” – Di Buat Orang, Bella Bakal Terima Dan Bantu Aliff Aziz?

“Aliff Mungkin Terkena Buatan Orang, Ada Yang Nak Dia Gila” – Di Buat Orang, Bella Bakal Terima Dan Bantu Aliff Aziz?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kecoh media sosial dari malam tadi selepas tersebarnya dua lagi klip video Aliff Aziz yang dikatakan bergaduh dan di belasah teruk oleh seorang lelaki di Singapura.

Baca artikel berkaitan : Aliff Aziz Buat Hal lagi Dibelasah Ketika Mabuk?

Malah sebelum ini Aliff juga sudah beberapa kali terlibat dengan beberapa pergaduhan dan salah faham juga dalam keadaan mabuk.

Namun perkara ini tidak membuat fikiran bekas isterinya Bella Astillah untuk menerima kembali penyanyi lagu Sayang-sayang itu.

Dipetik dari Gempak, Bella yang ditemui di satu sidang media AME malam tadi berkata, jika itu adalah penyelesaian terbaik untuk anak mereka, Mohamad Ayden Adrean, dia terima dengan hati yang terbuka.

“Mengenai status hubungan kami, kami simpan dulu atas permintaan keluarga. 

“Tapi jika itu yang terbaik untuk Ayden, saya terima dengan hati terbuka walaupun netizen kecam cakap macam-macam,” katanya.

Bella juga optimis yang perpisahan mereka terdahulu telah membantu mematangkan Aliff untuk berubah.

“Saya percaya, perpisahan kami telah mengajar dan mematangkannya,” katanya.

Bella yang di aju mengenai kontroversi yang sedang melanda Aliff semenjak dua menjak ini bagaimapun menjelaskan dia sebenarnya cuba membantu bekas suaminya itu.  Malah turutnya lagi orang ramai tidak mengetahui yang dia dan keluarga kini sebenarnya sedang berusaha untuk mengubati Aliff

“Aliff sebenarnya ok tapi kadang-kadang sekelip mata dia jadi orang lain, mungkin terkena buatan orang. Ada yang nak nampak dia sampai jadi gila.

“Sekarang keluarga tengah minta pendapat ustaz, bawa berubat dan ikhtiar. Bella sedih zaman sekarang masih ada benda macam ni.

“Kita dah cuba yang terbaik tapi bila main secara halus kita susah nak campur. Sekarang Aliff memang tengah sakit dan tak boleh fokus, malah benda ni pun dah lama mungkin ketika bersama Bella lagi,” katanya kepada Gempak.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.