fbpx
Now Reading
Zahirah Macwilson Umum Hamil Anak Sulung

Zahirah Macwilson Umum Hamil Anak Sulung

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CEl8TJNJqqJ/https://www.instagram.com/p/CEl8TMnnkQ3/

Aktres cantik Zahirah Macwilson semalam berkongsi berita gembira yang dirinya hamil enam bulan.

Zahirah mengumumkannya menerus satu posting baru di instagramnya berserta foto imbasan ultasound bayi tersebut didalam kandungan.

Jelas isteri kepada pelakon Aiman Hakim Ridza itu lagi, dia dan suami sudah tidak sabar untuk bertemu anak mereka itu.

“6 bulan membesar anak kecil kami.

“Ibu dan ayah tak sabar nak jumpa kamu,” katanya.

Perkara sama turut dilakukan Aiman apabila memuat naik foto sama berserta kapsyen

“Sangat teruja untuk berjumpa si kecil ini yang merupakan separuh nyawa saya dan separuh nyawa orang yang saya cintai. Alhamdulillah “

Dijengah ke ruangan komen, rata rata peminat dan rakan selebriti tumpang gembira dan mengambil peluang mengucapkan tahniah kepada mereka berdua.

Tahniah Aiman dan Zahirah!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.