fbpx
Now Reading
Rapper Manis Bertudung Tapi Cool, Mira Tampil Dengan Single Terbaharu ‘Lek Je’

Rapper Manis Bertudung Tapi Cool, Mira Tampil Dengan Single Terbaharu ‘Lek Je’

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika sebelum ini industri Hip Hop kita mempunyai Bunga sebagai rapper bertudung, kini Map Music memperkenalkan seorang lagi rapper cantik bertudung iaitu Mira dengan single terbaharunya yang bertajuk ‘Lek Je’

Mira, 21 tahun yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan sebenarnya bukan muka baru ebaliknya dia sudah mula berkecimpung dalam dunia Rap sejak berumur 15 tahun lagi dengan nama XAX .

Bukan hanya berbakat dalam rapping, rapper cantik ini juga mempunyai kekuatan sama seperti rapper senior yang lainnya iaiyu mahir dalam menulis lirik. Ini dapat dilihat menerusi lirik Single ‘Lek Jer’ yang ditulis sendiri olehnya manakala muzik hasil ciptaan rakan seperjuangan pyaniX.

Secara ringkasnya, lagu ini menceritakan tentang semangat anak muda dalam berkarya.

Meskipun kerap mendapat tentangan dan kecaman dari netizen namun dia sentiasa positif dan bersemangat untuk terus menghasilkan karya terbaik sehingga karyanya diangkat oleh semua lapisan masyarakat.

Tonton video muzik Lek Jer di bawah :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.