fbpx

Keterlaluan! Guna Petikan Hadis Sebagai Lagu Di Fashion Show, Rihanna Dikecam Hebat

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/sotylisa/status/1312885360788213773?

Penyanyi Antarabangsa Rihanna hari ini dikecam hebat oleh netizen dari seluruh dunia apabila dia menggunakan lagu remix yang menggunakan petikan hadis di satu pertunjukan fesyen pakaian dalam miliknya, Savage x Fenty.

Lebih menimbulkan kemarahan orang ramai apabila lagu tersebut dimainkan sebagai muzik latar belakang sewaktu model-model tersebut yang berpakaian seksi menari yang dilihat langsung tidak sensitif pada penganut agama islam .

Lagu remix ciptaan komposer EDM/Fashion Trap yang berpangkalan di London, Coucou Chloe yang berjudul Doom itu difahamkan telah pun dicipta dua tahun lalu dengan 90% dari durasinya dipenuhi petikan hadis Nabi Muhammad S.A.W yang berkisar mengenai hari kiamat

Meskipun tidak diketahui siapa yang membuat pemilihan lagu berkenaan, ada netizen berpendapat bahawa Rihanna harus memikul tanggungjawab dan menanggung akibatnya memandangkan kesemua mereka bekerja di bawahnya justeru dia sepatutnya menyemak lagu berkenaan bagi mengelakkan timbulnya kontoversi.

Setakat artikel ini ditulis Rihanna dan kumpulannya belum lagi membuat permohonan maaf diatas insiden ini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.