fbpx
Now Reading
Muat Naik Foto Tidak Berhijab, Suami Sokong Segala Keputusan Sarah Hildebrand

Muat Naik Foto Tidak Berhijab, Suami Sokong Segala Keputusan Sarah Hildebrand

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Media sosial semalam hangat selepas pelakon dan pengacara, Sarah Hildebrand dilihat memuat naik foto dirinya yang tidak mengenakan hijab.

Tindakannya sekaligus mengundang tanda tanya dan orang ramai yang dilihat agak kurang senang sehingga ada yang turut menegurnya kerana mendedahkan aurat.

Pada awalnya, ramai yang menyangkakan Sarah hanya berkongsi foto lama namun dilihat dari IG Story miliknya, ramai berpendapat dia tidak lagi bertudung.

Sarah kemudiannya mengesahkan yang tidak lagi berhijab sewaktu dihubungi BH Online.

“Terima kasih kepada netizen yang tidak pantas menghukum dan menyokong apa yang dilakukan.

“Ada sebab kenapa saya membuat keputusan ini. Kita tak tahu apa yang dilalui setiap manusia termasuk saya sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, suaminya Otto Gillen menerusi satu perkongsian di Instagram berkata dia sayang isterinya dan akan menyokong sepenuhnya apa sahaja keputusan yang dibuat oleh Sarah

“I love @sarahhildebrand so much. And I fully support all of her personal decisions.

“That is my one and ONLY response. Don’t message me,” tulisnya di IG Stories miliknya itu.

Tambah lagi, Sarah juga memuat naik status di IG Stories yang mempersoalkan mengapa orang yang dianggap paling beragama selalunya menjadi orang yang paling pembenci dan tidak bertimbang rasa.

“Why is it that the most religious of us are often also the most hateful and intolerant?” tulisnya.

Kemudian, dia juga memuat naik tiga video pendek berkenaan soalan yang diajukan menerusi IG Stories.

Sarah yang juga berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakannya. Rata-rata, netizen mendoakan pelakon ini tidak berputus asa dan sentiasa beristiqomah untuk kembali mengenakan hijab.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.