fbpx
Now Reading
Dihentam Netizen & Didakwa Pernah Kecam Neelofa, Ini Respon Sarah Hilderbrand

Dihentam Netizen & Didakwa Pernah Kecam Neelofa, Ini Respon Sarah Hilderbrand

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan penghijrahan pengacara & usahawan Neelofa dengan mengenakan niqab mendapat perhatian orang ramai. Rata-rata memuji langkahnya dan mendoakan agar dia terus istiqamah.

Namun perkara sebaliknya pula berlaku kepada aktres dan pengacara Sarah Hilderbrand apabila dia mendapat pelbagai mesej negatif selepas tampil dengan imej baharu, tidak lagi mengenakan hijab.

Malah ada kalangan netizen yang membangkitkan kisah lama lama dimana ada yang mendakwa aktres ini suatu masa dahulu pernah mengutuk Neelofa gara-gara melancarkan produk tudungnya disebuah kelab malam.

“Saya dapat banyak mesej sebegini : ‘Dulu kutuk neelofa’ “

“Saya terima banyak mesej sebegini : ‘Dulu kutuk Neelofa sekarang lofa dah berubah ke arah yang lebih baik tapi kau pulak berubah kearah.. ‘

Respon Sarah

Tidak melenting dengan tohmahan yang dilemparkan Sarah bagaimanapun memuat naik contoh komen yang diterimanya dan berpesan kepada peminat dan orang ramai agar tidak melakukan perkara sama kepada orang lain

“Untuk anda yang mengikuti saya sama ada ikhlas atau tidak… ini adalah contoh (mesej) yang tak boleh dikatakan kepada seseorang

“Jika peminat saya bersikap sebegini, saya pasti akan berasa malu” – tulisnya di IG Story

Jelas Sarah lagi, semua orang seharusnya beringat manusia boleh berubah dalam sekelip mata.dan apa yang penting dan akan dinilai pada pengakhirannya hanya;laj kesucian dan kebaikan hati

“Jangan memfitnah”

Menerusi satu lagi perkongsian, Sarah turut menegaskan yang dia tidak penah bercakap mengenai Zouk , dipercayai membabitkan Neelofa secara live di laman IG nya.

Malah tambahnya dia juga tidak membakar tudung jenama pengacara tersebut seperti yang didakwa sesetengah orang.

DIa dalam masa turut mengingatkan orang ramai untuk tidak menabur fitnah terhadapnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.