fbpx
Now Reading
Akhirnya! Ultraman Ribut Asal Malaysia Tampil Sebagai Watak Utama Dalam Siri Ultraman [Video]

Akhirnya! Ultraman Ribut Asal Malaysia Tampil Sebagai Watak Utama Dalam Siri Ultraman [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kami yakin banyak peminat animasi tempatan dan peminat siri Ultraman sudah tahu tentang kewujudan Ultraman Ribut.

Superhero hasil kolaborasi diantara syarikat animasi tempatan Les Copaque Sdn Bhd dan Tsuburaya Production  cukup menarik perhatian selepas ia mula diperkenalkan menerusi siri animasi Upin & Ipin.

Dari situ namanya mula meningkat naik malah Ribut turut diangkat secara rasmi dalam keluarga Ultraman sewaktu sambutan Ultraman Day ‘THE LEGENDS 1966’ pada tahun 2016.

Dia kemudian mula tampil dalam siri  Ultra Galaxy Fight: New Generations Heroes sebagai watak sampingan yang tiba dari kumpulan Galaxy Rescue Force, membuatkan peminat Ultraman dalam negara begitu teruja.

Namun kali ini peminat Ribut pasti akan lebih gembira apabila superhero lincah dan mahir dengan aksi silat itu juga tampil menerusi siri baharu Ultra Galaxy Fight: The Absolute Conspiracy Episod 1 yang sudah pun di tayangkan di Yutubube pada 22 November 2020.

Yang menariknya baru 2 hari tayangan siri berkenaan sudahpun di tonton lebih 700,000 kali bagi dua bahasa iaitu Jepun dan juga Bahasa Inggeris.

Kehadiran Ribut kali ini juga bukan sebagai watak sandaran sebaliknya memegang watak utama bersama beberapa lagi Ultraman lain seperti Ultraman Max dan Zero dalam berdepan musuh dunia iaitu Absolute Tartarus.

Wah menarik bukan?

Tonton Episod 1 Ultra Galaxy Fight: The Absolute Conspiracy di bawah :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.