fbpx
Now Reading
Lagu Sentuhan Abadi Jadi Taruhan Pertama Dian Sulastrie

Lagu Sentuhan Abadi Jadi Taruhan Pertama Dian Sulastrie

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Memulakan kareer seninya menerusi program Suara Viral 2020, penyanyi yang juga seorang Koperal French Horn PDRM, Dian Sulastrie kini terus mengorak langkah dalam dunia hiburan apabila tampil dengan single pertamanya yang bertajuk Sentuhan Abadi.  

Karya yang ditulis dan dihasilkan Chevy Amry dibawah Luncai Emas Sdn Bhd ini sudahpun diedarkan secara jualan digital di platform streaming dan iTunes sejak beberapa minggu lalu.

Malah difahamkan Video Muzik (MV) Sentuhan Abadi juga sudah dilancarkan di laman Youtube sejak 12 Disember yang lalu.

Menerusi siaran media yang dikeluarkan Luncai Emas, MV lagu berkenaan berkisarkan kehidupan Dian yang berada di dalam kesedihan kerana kekasihnya Chris hilang tanpa meninggalkan berita.

Namun tanpa pengetahuan Dian, dia sebenarnya sedang diperhatikan oleh seseorang. Chris bagaimanapun muncul pada satu malam demi menyelamatkan Dian dari diculik oleh sekumpulan penjenayah yang diketuai bekas kekasihnya, Amer.

Chris yang berjaya menyelamatkan Dian bagaimanapun telah ditembak oleh kumpulan penjenayah tersebut sebelum ditinggalkan oleh mereka.

Tonton MV tersebut di bawah :

Luncai Emas bertindak sebagai pengedar single ini secara jualan digital di platform streaming, Youtube dan iTunes.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.