fbpx

Tahniah! Siti Nurhaliza Selamat Lahirkan Anak Lelaki

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tahniah kami ucapkan kepada Penyanyi No 1 Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dan suami, Dato’ Sri Khalid bin Mohamad Jiwa di atas kelahiran anak kedua mereka di sebuah pusat perubatan di Selangor pada jam 6.21 pagi tadi.

Berita gembira tersebut dikongsikan pihak pengurusan Siti Nurhaliza Production menerusi satu kenyataan media di laman instagramnyanya .

Menerusi kenyatan berkenaan, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tokti selamat melahirkan bayi lelakinya dengan seberat 3.84 kilogram menerusi kaedah pembedahan.

“Alhamdulillah, pada pagi Isnin bersamaan 7 Ramadan hari ini, Siti selamat melahirkan anak lelaki seberat 3.84 kilogram. Siti dan juga bayi berada dalam keadaan baik dan sihat.

“Suami Siti, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana isteri tercinta selamat melahirkan anak kedua mereka.

“Apa yang penting bagi Khalid adalah ibu dan anak berada dalam keadaan sihat, stabil dan proses melahirkan berjalan lancar.

“Kedua mereka menzahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas doa keluarga, saudara mara, sahabat handai, peminat, media dan orang ramai,” katanya.

Tokti menerusi satu lagi hantaran turut berkongsi satu klip video yang memaparkan detik-detik manis sebelum melahirkan anak lelakinya itu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.