fbpx
Now Reading
Aktiviti Seni Tergendala, Amir Raja Lawak Akui Tak Kisah Berniaga Air Tepi Jalan

Aktiviti Seni Tergendala, Amir Raja Lawak Akui Tak Kisah Berniaga Air Tepi Jalan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Masing-masing mempunyai cara tersendiri untuk mencari rezeki. Banyak juga yang berjinak-jinak untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan di tepi jalan dan sebagainya.

Tambah pula kebanyakan pelanggan lebih gemar untuk membeli makanan tepi jalan kerana boleh menjimatkan wang, jadi ia sebenarnya sebuah langkah yang efektif untuk menjana pendapatan bagi menampung kehidupan seharian.

Tak kisah bersengkang mata untuk berniaga

Pelakon dan pelawak, Amir Raja Lawak mengakui tidak kisah bersengkang mata setiap hari mengusahakan perniagaan air minumannya demi kelangsungan hidup selepas aktiviti seni tergendala sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Foto: IG Amir Raja Lawak

Menerusi sebuah kenyataan, Amir atau nama penuhnya Mohammad Amirullah Azmi berkata aktiviti hariannya kini banyak dihabiskan dengan mengusahakan perniagaan minuman di tepi jalan di Prima Saujana Kajang, seperti dipetik Harian Metro.

Tetap bersyukur walaupun untung tak banyak

Biarpun jualan minuman yang dihasilkan sendiri itu tidak mengaut keuntungan banyak, namun dia tetap bersyukur kerana masih mampu untuk membeli keperluan harian.

“Setiap hari saya turun berniaga sekitar jam 11.30 pagi hingga 6.30 petang. Kemudian saya pulang rumah, terus sambung buat air lagi pada waktu malam.

Foto: IG Amir Raja Lawak

“Seawal jam 7 pagi pun, saya sudah bangun untuk buat lagi sebelum bersiap membuka gerai. Disebabkan saya kena menggaji pembantu gerai, adalah dapat keuntungan bersih dalam RM200.

“Tapi, tak kisahlah asalkan ada juga pendapatan untuk beli keperluan harian, itu sudah memadai. Rasa penat belakang kira, asalkan saya dapat menampung belanja sepanjang PKP 3.0 ini.”

Dapat sokongan luar biasa daripada orang ramai

Bercerita lebih lanjut, pelakon berusia 32 tahun ini sangat terharu dengan sokongan luar biasa daripada orang ramai. Malah dia juga mempunyai pelanggan tetapnya sendiri yang setia membeli sejak pertama kali perniagaan itu diusahakan pada tahun 2017.

Foto: IG Amir Raja Lawak

Terkesan dari segi pendapatan aktiviti seni

Akui Amir, dia juga sebenarnya terkesan dari segi pendapatan kerana aktiviti seni tergendala. Tetapi inisiatif yang telah diambil ini langsung tidak menjadi masalah buat dirinya walaupun dikenali ramai.

“Sepatutnya bulan ini, saya terbabit dalam tiga drama. Namun semua sudah ditunda dan saya kena buat inisiatif berniaga ini untuk terus mencari punca pendapatan.

Foto: Amir Raja Lawak

“Tapi, saya okay saja asalkan ada punca pendapatan yang cukup untuk tampung keperluan harian. Lagipun, bukan banyak barang pun saya beli kerana lebih selesa jalani gaya hidup sederhana.

“Biarlah orang nak anggap apa pun memandangkan saya artis, tapi bagi saya tiada keperluan pun nak bermewah-mewah.”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.