fbpx
Now Reading
“Tak Main-Main Ni” – Kongsi Gambar Cincin Di IG Story, Zizan Razak Akhirnya Jumpa Suri Hati?

“Tak Main-Main Ni” – Kongsi Gambar Cincin Di IG Story, Zizan Razak Akhirnya Jumpa Suri Hati?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebut sahaja nama selebriti Zizan Razak, pasti ramai yang akan bergurau mengenai statusnya sebagai ‘penjaga jodoh’. 

Beberapa tahun yang lepas, dia digosipkan dengan beberapa selebriti tempatan seperti Juliana Evans, Emma Maembong dan Mira Filzah. Kini semua aktres ini telah berumah tangga kecuali dirinya.

Foto: IG Zizan Razak

Muat naik gambar sebentuk cincin

Namun semalam 24 Jun, Zizan telah memuat naik beberapa foto sebentuk cincin di IG Story yang mengundang persoalan dan spekulasi orang ramai.

Menerusi IG Story yang dikongsi, dia telah meninggalkan sebuah kapsyen berharap si penerima suka dengan kejutan disediakan.

Pada masa yang sama, dia turut meminta orang ramai untuk mendoakan yang terbaik supaya segala perancangan dipermudahkan.

I hope you are happy with this surprise. Doakan semoga semuanya berjalan lancar.

“Bermulalah saat yang baru, kisah antara kau dan aku.”

Tak terhenti di situ, pelakon berusia 37 tahun ini turut berkongsi sebuah video memaparkan sejambak bunga beserta dengan hadiah lain yang bakal diberikan kepada insan istimewa itu.

Zizan turut mengungkap sebuah ayat romantik dimana menambahkan lagi kekeliruan para peminat.

Bermulalah saat yang baru, kisah antara kau dan aku.

Foto tersebut kemudian telah diulang kongsi di Instagram Official Hlive.

Netizen anggap cincin itu pemberian untuk ibunya

Menerusi komen yang ditinggalkan, rata-rata netizen menganggap pemberian tersebut adalah untuk ibunya. 

Malah, ada juga yang masih tertanya-tanya gerangan individu yang bakal menerima kejutan itu atau gimik semata-mata.

“Takut jadi orang lain punya.” – Netizen

Lain macam

Mungkin cincin turun temurun

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.