fbpx
Now Reading
“I Said NO” – Mila Jirin Engan Benarkan Anak Terlibat Kajian Klinikal Vaksin

“I Said NO” – Mila Jirin Engan Benarkan Anak Terlibat Kajian Klinikal Vaksin

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini media melaporkan Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang memaklumkan Malaysia telah terpilih bagi menjalankan kajian klinikal Fasa 3 vaksin COVID-19 Sinovac keluaran syarikat China dengan sasaran kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah. 

Kajian klinikal Fasa 3 berkenaan difahamkan akan bermula akhir bulan ini di 10 lokasi, meliputi lapan kemudahan di bawah Kementerian Kesihatan (KKM), Universiti Malaya dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

“Beberapa sesi perbincangan telah diadakan oleh Kementerian Kesihatan dengan syarikat-syarikat pengeluar vaksin COVID-19 untuk mendapatkan status semasa dan data berkaitan keberkesanan serta keselamatan penggunaan vaksin bagi golongan kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun.

“Walaupun masih belum menerima data yang diperlukan daripada syarikat-syarikat pengeluar vaksin COVID-19 setakat ini, Jawatankuasa Pemilihan Calon Vaksin (JKPCV), KKM sedang meneliti keberkesanan dan keselamatan vaksin ke atas populasi tersebut berdasarkan bukti- bukti saintifik melalui kajian klinikalatau Real World Data,” katanya di Dewan Rakyat pada selasa sewaktu menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh mengenai kesesuaian dan keberkesanan penggunaan vaksin COVID-19 bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.

Mila tak bersetuju dengan pelaksanaan ujian klinikal itu

Isu tersebut kemudian mendapat pelbagai respon dari ibu-bapa di Malaysia termasuklah selebriti dan usahawan, Mila Jirin.

Mila atau nama penuhnya Norsyarmilla Jirin menerusi satu posting di instagram secara lantang menegaskan yang dia tidak bersetuju dengan pelaksanaan itu.

Bahkan dia nekad untuk tidak membenarkan anaknya menyertai kajian klinikal tersebut.

Untuk anak kecil, saya katakan TIDAK

“Maaf KKM, kami ibu atau bapa tak akan biarkan anak-anak kami sertai UJIAN (kajian klinikal vaksin). Harap maklum,” tegasnya.

Tambah Mila lagi, dia bukanlah seorang anti vaksin mahupun pro vaksin, sebaliknya dia memilih untuk divaksin bagi mencapai imuniti kelompok.

Namun dia tegas tidak bersetuju keputusan kerajaan untuk menjalankan ujian klinikal pada kanak-kanak di Malaysia.

“Saya bukan antivaksin atau pro vaksin. Saya sudah divaksinasi demi mencapai imuniti kelompok tetapi untuk kanak-kanak, saya katakan tidak,” kata Mila lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.