fbpx
Now Reading
‘Not Bad..! ” 440 Ribu Tontonan Tak Sampai Sehari Dilancarkan, Netizen Puji Suara Iqbal Dalam Lagu ‘Hujan’ [MV]

‘Not Bad..! ” 440 Ribu Tontonan Tak Sampai Sehari Dilancarkan, Netizen Puji Suara Iqbal Dalam Lagu ‘Hujan’ [MV]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas hampir beberapa minggu mendapat ‘promosi’ percuma, akhirnya single pertama bekas pembantu peribadi Datuk Vida, Iqbal iaitu ‘Hujan’ yang hangat diperkatakan akhirnya secara rasmi dilancarkan semalam di Youtube Rusa Music.

Namun siapa sangka tidak sampai sehari dilancarkan, muzik video lagu tersebut sudahpun menjadi trending di Youtube, malah sudah ditonton sebanyak 442,000 kali.

Ia turut mendapat pelbagai respon dari pendengar iaitu 21,000 ribu tanda suka, 9,500 tanda ‘dislike’ dan 5200 komen.

Tampil dengan lagu balada dengan melodi sedikit mirip Sonata Musim Salju (Winter Sonata ) nyanyian Hazami, ramai berpendapat lagu tesebut secara keseluruhannya memang sedap didengari.

Ramai yang berpendapat sentuhan komposer-komposer dan penulis lirik hebat seperti Oja,Zai Hamzah, Eric Fuzi dan Achoi Floor 88 membuatkan lagu tersebut dapat mencuri halwa telinga mereka.

Namun apa yang menariknya, ramai yang turut memuji suara Iqbal atau nama betulnya Ahmad Iqbal Zulkifli didalam lagu Hujan meskipun ini merupakan percubaan pertamanya sebagai seorang penyanyi.

Ramai menyifatkan dia sememangnya tidak menipu dalam bab ‘mempunyai suara’ dan mampu mengasah lagi kemahiran menyanyinya jika betul-betul berminat untuk kekal lama didalam industri.

Ada yang turut berpendapat dia satu-satunya ‘penyanyi terjun’ yang boleh menyanyi memandangkan sudah menjadi trend dimana pengasas dan usahawan mula menceburkan diri dalam bidang muzik.

Berikut antara komen-komen menarik yang diberikan para netizen.

Terdahulu Iqbal menjadi perhatian peminat hiburan selepas dia memaklumkan sedang mencari komposer untuk lagunya pertamanya namun sedia menawarkan bajet serendah RM500k yang disifatkan terlalu tinggi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.