fbpx
Now Reading
Ryan Reynolds Luah Rasa Kagum Dengan Hasil Kerja Sofyank [Video]

Ryan Reynolds Luah Rasa Kagum Dengan Hasil Kerja Sofyank [Video]

Sehubungan itu ramai yang mengambil kesempatan dengan meminta Ryan untuk membawa Sofyank ke Hollywood bagi terus mengembangkan bakat suntingan VFX yang dimiliknya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nama Sofyank bukan satu lagi nama asing bagi penggemar video kreatif dan pengguna media sosial.

Anak muda ini sangat terkenal dengan hasil video kreatif yang begitu menakjubkan malah pernah bekerjasama dengan ramai selebriti terkenal antarabangsa seperti Will Smith, John Cena dan Zach King.

Terbaharu, Sofyank atau nama sebenarnya Mohamad Sofian bin Abdullah sekali lagi menjadi perhatian netizen selepas satu video suntingannya yang berlatarkan filem The Adam Project telah dikongsi oleh aktor terkenal, Ryan Reynolds.

Apa yang lebih mengujakan apabila pelakon utama naskah tersebut secara terang-terangan memuji hasil kerja Sofyank meskipun mereka berdua hanya sempat melakukan rakaman selama 4 minit sahaja dipercayai melalui aplikasi Zoom.

“Saya rasakan video ini telah menetapkan standard yang tidak adil untuk temuduga ‘pendek’ 4 minit,” puji Ryan.

Ryan di dalam video itu telah meminta Sofyank untuk menggunakan mesin waktu untuk mencarinya di masa silam.

“Sofian saya ada tugasan untuk kamu dalam ‘The Adam Project’, kamu perlu pergi ke masa silam dan cari saya yang berusia 12 tahun. Ok?” arah Ryan kepada Sofyank.

Ramai minta Ryan bawa Sofyank ke Hollywod

Sehubungan itu ramai yang mengambil kesempatan dengan meminta Ryan untuk membawa Sofyank ke Hollywood.

Meskipun ramai yang mengiktiraf kehebatannya di Malaysia, namun mereka merasakan bakat Sofyank dalam dunia VFX tidak harus disia-siakan dan sewajarnya diberi peluang untuk lebih bersinar di sana.

Sebagai rekod, The Adam Project lakonan Ryan Reynolds yang dilancarkan pada Mac lalu telah mencatatkan jumlah tontonan yang begitu memberangsangkan sekaligus tersenarai sebagai filem keempat paling banyak ditonton dalam sejarah Netflix.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.