Jangka Tak Akan Bertahan Lama Jadi PA, Iqbal Nasihat Qush Perlu Berani Tampil Kedepan
Bekas pembantu peribadi usahawan terkenal itu, Iqbal Zulkefli bagaimanapun telah menjangkakan perkara tersebut akan berlaku.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Nama usahawan terkenal, Datuk Seri Vida (DSV) kembali menjadi bualan hangat apabila pembantu peribadi (PA) barunya, Qush mendakwa dia sebenarnya hanya berpura-pura menjadi PA wanita itu.
Bukan itu sahaja, difahamkan Qush juga tidak menerima sebarang surat tawaran rasmi untuk bekerja sebagai PA kepada DSV.
Iqbal jangka perkara itu akan berlaku
Isu berkenaan bagaimanapun telah menarik perhatian bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli, 28, yang menyatakan bahawa perkara tersebut telah dijangka oleh dirinya.
Dia yang juga lebih dikenali sebagai Iqbal memaklumkan dirinya juga sebelum ini pernah bekerja bersama dengan DSV serta ramai kakitangan yang lain tidak menerima surat tawaran namun masih lagi melakukan tugas mereka seperti biasa.
Iqbal dan staf lain sebelum ini juga bekerja tanpa surat tawaran
“Saya tidak hairan tiada surat perjanjian kerana sebelum ini pun semua staf elok sahaja bekerja tanpa surat tawaran, gaji tetap diberi dengan baik namun tidaklah seperti yang dihebahkan.
“Sudah pun saya sampaikan kepada DSV, kalau mahu selamat asah staf yang bertahun lama berkhidmat dan tahu membaca rentak,” ujarnya.
Qush dakwa hanya berlakon jadi PA DSV
Qush atau nama sebenarnya Syed Qusyairi Syed Mahmud Iskandar yang merupakan PA barunya seperti yang diwar-warkan di media sosial memaklumkan dia hanya berlakon menjadi PA kepada usahan tersebut dan tidak menerima apa-apa surat tawaran kerja sejak Februari lalu.
Walau bagaimanapun, Vida menerusi temubualnya bersama mStar menganggap Qush sengaja mahu mencari perhatian untuk menaikkan jumlah pengikut di media sosial.
Sementara itu, Iqbal menyatakan Vida seperti sudah jauh tersasar dari landasan perniagaan serta menyifatkan anak-anak kepada usahawan tersebut telah penat melayan kerenah ibu mereka dengan isu seperti ini.
“Kembalilah seperti dahulu. Gosip dengan saya sebelum ini sekurang-kurangnya dapat juga naikkan jualan berjuta-juta. Jangan leka, banyak lagi tanggungjawab penting.
Anak-anak pun penat layan kerenah ibunya, sering jaga hati
“Anak-anak pun penat melayan kerenah ibunya yang sering begini. Mereka yang sering jaga hati kononnya untuk kemajuan perniagaan,” ulasnya lagi.
Iqbal dalam masa yang sama turut menasihatkan Qush agar berani berdepan serta menghargai setiap kebaikan yang dilakukan oleh Vida kepadanya.
“Kepada PA (Qush), jangan lari dari media kerana itu dianggap sombong. Media pernah mengangkat nama anda. Harus berani ke depan dengan jawapan terbaik.
“Jangan lupa kebaikan DSV kepada anda. Saya dan beratus staf lain dahulu berkali ganda lagi cabaran. Berbaiklah selagi boleh,” jelasnya lagi.
Sekadar rekod, DSV pada tahun lalu telah membuat pencarian PA baru dan menawarkan gaji RM10,000
Pada tahun lalu, Vida menerusi media sosialnya telah mencari seorang pembantu peribadi serta menawarkan gaji sebanyak RM10,000 kepada individu yang terpilih.
Beliau kemudian telah mengumumkan mempunyai PA baharu iaitu Qush, dan pengumuman tersebut dibuat menerusi akaun media sosial sekitar Februari lalu.
Baca artikel berkaitan: