fbpx
Now Reading
“Tolong Jangan Marah Nabil” – Raisa ‘Back Up’ Nabil Isu GV9, Akui Takut Untuk Berbahasa Indonesia

“Tolong Jangan Marah Nabil” – Raisa ‘Back Up’ Nabil Isu GV9, Akui Takut Untuk Berbahasa Indonesia

Ramai yang menganggap usikan Nabil ketika acara GV9 sememangnya agak melampau sehingga ada yang mendakwa Raisa kelihatan kurang selesa dengan gurauan yang dilontarkan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum sedia maklum, sejak kebelakangan ini nama Nabil Ahmad iaitu pengacara Gegar Vaganza Kesembilan (GV9) telah membanjiri media sosial apabila netizen dilihat tidak berpuas hati dengan sikap Nabil yang dikatakan telah mengajuk juri jemputan daripada Indonesia iaitu Raisa ketika dia berbahasa Inggeris saat memberikan kritikan.

Ketika insiden, Nabil dipercayai meninggalkan komen berseloroh terhadap Raisa yang berbunyi, “Menyesallah tu ‘speaking’ English tadi kan Raisa?”

Perkara tersebut telah mengundang kemarahan ramai orang yang dilihat menyokong Raisa selepas ‘dibahan’ oleh Nabil ketika itu.

“Bila Nabil ajuk Raisa cakap Inggeris, baru aku sedar benda ni berlaku di mana-mana sahaja,” tulis salah seorang pengguna Twitter.

Malah, ada juga yang meninggalkan komen seperti, “Dari budak-budak kecil di sekolah, universiti dan bahkan di tempat kerja pun atau dalam kalangan rakan-rakan dan famili, kalau ada yang jenis suka ‘speaking’, mesti ada yang suka ajuk macamlah benda itu pelik,” ujar pengguna Twitter lain.

Nabil Ahmad juga digesa untuk menjaga adab ketika mengendalikan program realiti nombor satu Malaysia tersebut sehingga ada yang mengatakan bahawa Raisa dilihat kurang selesa dengan gurauan yang dilontarkan oleh Nabil pada saat itu.

Raisa Minta Netizen Berhenti Kecam Nabil

Raisa atau nama sebenar Raisa Andriana, 32, dalam pada itu turut menjelaskan bahawa dia sememangnya selesa untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, meskipun fasih bertutur dalam bahasa Indonesia dalam percakapan hariannya.

Penyanyi lagu berjudul Kali Kedua itu dalam masa yang sama turut berharap agar orang ramai berhenti menghentam dan memarahi Nabil di atas apa yang berlaku.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Raisa, dia terpaksa menggunakan bahasa Inggeris ketika memberikan komen/kritikan sewaktu dijemput menjadi juri jemputan GV9 berbanding bertutur dalam bahasa Indonesia.

Ini kerana dia risau jikalau konteks penyampaiannya akan disalah erti.

Sejujurnya saya takut jika salah memberikan komen. Kadang-kadang ada maksud bahasa Indonesia dan bahasa Malaysia yang memberi makna berbeza. Jadi saya agak bimbang untuk bercakap bahasa Indonesia dan lebih baik cakap saja bahasa Inggeris kerana konteks yang disampaikan akan lebih tepat dan tak mungkin apa yang disampaikan salah.

Raisa Andriana.

Walau bagaimanapun, Raisa meneruskan pertuturan dalam bahasa Indonesia apabila pihak produksi memaklumkan kepadanya bahawa dia dibenarkan untuk bertutur dalam bahasa ibundanya.

Namun selepas itu pengarah persembahan mengingatkan saya untuk bercakap saja dalam bahasa Indonesia sahaja.

Raisa Andriana.

Nabil dalam masa yang sama tampil menjelaskan situasi sebenar di mana dia dan Raisa sudahpun bertemu dan bergurau senda sebelum bermulanya persembahan tersebut. Malah, Nabil juga mengatakan dia tidak terasa hati dengan kritikan yang diberikan oleh orang ramai terhadap insiden itu.

Keesokan harinya saya ada berjumpa Nabil di radio Era, tapi saya sendiri tak ingat apa yang terjadi sebab Nabil cakap terlalu cepat.

Raisa Andriana.

Untuk rekod, jemputan ini adalah pengalaman pertama Raisa sebagai juri jemputan dalam pertandingan program hiburan di Malaysia, termasuk sepanjang tempoh penganjuran Gegar Vaganza (GV).

Raisa pula dilaporkan berada di Malaysia pada ketika ini bersempena dengan promosi konsertnya yang bakal berlangsung pada 20 November nanti di Zepp, Kuala Lumpur.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.