fbpx
Now Reading
“Dia Sudah Sedar, Boleh Berbual & Bergelak Ketawa”- Keadaan Nad Zainal Semakin Baik, Tidak Lagi Dirawat Di ICU
Nad zainal semakin baik

“Dia Sudah Sedar, Boleh Berbual & Bergelak Ketawa”- Keadaan Nad Zainal Semakin Baik, Tidak Lagi Dirawat Di ICU

Menurut Shahrulezad, Nad Zainal kini tidak lagi dirawat di ICU dan sudah sedar serta boleh berbual dan ketawa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, industri seni digemparkan dengan berita pelakon terkenal, Nad Zainal yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana keadaan yang kritikal.

Dia juga dilaporkan mengalami masalah paru-paru berdarah namun keadaannya dilaporkan baik selepas dipantau rapi oleh beberapa doktor.

Susulan dengan berita itu, rakan industri turut melancarkan tabung kecemasan buat Nad Zainal bagi mengutip sumbangan untuk menampung kos rawatannya.

Baca artikel berkaitan: Rakan Artis Lancar Tabung Kecemasan Untuk Bantu Kos Rawatan Nad Zainal

Keadaan Nad semakin baik & sudah dikeluarkan dari ICU

Terbaharu, keadaanya dilaporkan semakin baik selepas hampir sebulan menerima rawatan di sebuah hospital swasta di ibu kota.

Memetik laporan Kosmo, perkembangan kesihatan aktres itu dikongsikan oleh pengarah dan penerbit terkenal, Shahrulezad Mohameddin yang memaklumkan bahawa Nad Zainal kini sudah sedar serta telah dikeluarkan dari ICU.

“Untuk pengetahuan semua keadaan Nad sekarang sangat baik. Dia bukan lagi di ICU. Tidak lagi ditidurkan. Dia sudah sedar, boleh berbual dan bergelak ketawa.

“Malah dia juga boleh berjalan pergi ke toilet (tandas) sendiri walaupun kami berpesan jangan, paru-parunya masih belum begitu kuat.

“Dia juga masih perlu berehat panjang demi kekuatan paru-paru akibat luka masa pendarahan tempoh hari,” jelas pengarah itu.

Mahu elak dari tular berita yang tidak sepatutnya, Shahrulezad pilih untuk tak kerap kongsi keadaan semasa Nad Zainal

Kata Shahrulezad, dia lebih selesa untuk tidak kerap berkongsi tentang perkembangan semasa aktres berbakat besar itu demi menjaga perasaan ibu bapa Nad Zainal.

Jelasnya, perkara itu dilakukan olehnya bersama rakan-rakan untuk menghindari dari tularnya berita yang tidak sepatutnya dari pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Alasan saya tak kongsi perkembangan terkini Nad kepada umum kerana saya kasihan ibu bapa dia dan mengutamakan kesihatan Nad sendiri.

“Saya perasan jika berkongsi perkembangan terkini akan wujud rantaian berita yang bukan-bukan dan menyakitkan hati kami, terutamanya orang tua dia.

“Nad anak tunggal, jadi bila berita bukan-bukan bersepah sana-sini bayangkan perasaan ibu bapa dia berdepan fitnah.

“Mereka tiada anak lain yang boleh bantu mereka menepis rasa cemas bila cerita fasal Nad keluar. Jadi saya dan rakan-rakan tapis dahulu dan kurangkan update fasal Nad melainkan untuk kami sahaja,” katanya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.