fbpx
Now Reading
Tampil Dengan Rambut Pendek & Kening Cantas, Penampilan Cik B Jadi Perhatian Ramai
Cik b tampil imej baharu seperti lelaki

Tampil Dengan Rambut Pendek & Kening Cantas, Penampilan Cik B Jadi Perhatian Ramai

Menerusi ruangan komen di hantaran yang dimuat naik oleh Cik B, terdapat segelintir pengguna yang menegur penampilan anak usahawan berkenaan yang dikatakan seperti lelaki.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penampilan diri merupakan perkara salah satu aspek yang sangat penting buat seseorang kerana menerusinya ia dapat menonjolkan identiti seseorang.

Bukan hanya itu, penampilan yang segak bergaya juga sering menjadi tumpuan ramai terutama sekiranya seseorang itu mempunyai pengikut tersendiri seperti selebriti, publisiti, influencer dan sebagainya.

Penampilan baharu Cik B undang perhatian ramai

Baru-baru ini, anak perempuan kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida iaitu Cik B telah mengundang perhatian ramai apabila tampil dengan imej baharu.

Menerusi gambar yang dimuat naik di Instagram, Cik B tampil dengan imej berambut pendek manakala bahagian keningnya yang dicantas memperlihatkan dia seperti mengikuti trend yang dilakukan oleh segelintir kaum lelaki.

Anak kepada usahawan terkenal itu juga turut mengayakan baju baseball berwarna kuning sambil menyatakan warna tersebut jarang dipakainya.

Wajah turut ditatarias dengan alat solek

Di dalam gambar tersebut, Cik B kelihatan gembira dan wajahnya turut ditatarias dengan menggunakan alat solek yang kelihatan natural.

Walau bagaimanapun, melihat di ruangan komen terdapat segelintir pengguna yang menyifatkan imej anak usahawan berkenaan dikatakan seperti lelaki. Malah mereka turut menasihatkan Cik B agar tampil dengan gaya yang lebih feminin serta menutup aurat.

Tidak kurang juga ada yang memuji penampilan terbaharu itu kelihatan comel dan cantik.

“Astagfirullah.. Semoga diberi hidayah oleh Allah”

“Jadilah perempuan sejati dengan tutup aurat”

“Cantik sangat adik kakak, rindu”

“Haram perempuan menyerupai lelaki, semoga diberikan hidayah”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.