fbpx

“Saya Bukan Harapkan Bantuan” – Jari Putus, Sahronizam Kecewa Wakil Persatuan Seni Tak Tanya Khabar

Sahronizam beranggapan dirinya bukanlah seorang artis yang sering terpalit dengan kontroversi yang perlu diberikan perhatian.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon senior, Sahronizam Noor terkilan apabila tiada wakil daripada persatuan seni bertanya khabar mengenai keadaannya selepas insiden putus jari kelingking pada bulan lalu.

Sahronizam yang berusia 50 tahun itu berkata perasaan kecewa itu lahir kerana merasa dirinya sebagai pelakon yang sudah lama berada dalam industri seni tanah air.

“Agak kecewa dan terkilan apabila tiada seorang pun wakil daripada persatuan, termasuk Seniman bertanya khabar mengenai saya selepas kejadian putus jari.

“Rasa sedih juga sebab saya bukan orang baru tetapi sudah lama terlibat dalam industri seni lakonan ini,” katanya dipetik Kosmo.

Kata Sahronizam ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Civicas Network x Meerqeen, Kuala Lumpur semalam (19 May).

Sahronizam tak harapkan bantuan, cukup sekadar tanya khabar

Menurutnya, dia tidak berharap sebarang bantuan, namun cukup sekadar bertanya khabar sebagai rakan artis.

Selain itu, pelakon drama ‘Kau Cipta Kasih’ itu juga menganggap dirinya bukanlah artis yang sering terpalit dengan kontroversi yang perlu diberikan perhatian.

“Mungkin juga saya bukan artis yang mempunyai kontroversi. Iyalah, mereka hanya mengambil tahu dan beri komen terhadap artis yang ada kontroversi.

“Saya bukan harapkan bantuan tetapi cukup bertanya khabar, sayangnya semua itu tiada,” katanya.

Tak perlu lagi tanya khabar selepas isu ni disuarakan

Dalam pada itu, Sahronizam berkata wakil persatuan tersebut tidak lagi perlu bertanya khabar tentang dirinya selepas isu ini dibangkitkan.

“Kalau tiba-tiba nak bertanya selepas saya bercakap, tidak payahlah. Sepatutnya dilakukan sebelum saya bercakap.

“Tidak mengapa, tempoh kita hidup bukan lama pun, nanti kita semua di bawah (kubur) juga,” katanya lagi.

Jari putus semakin pulih, ambil masa untuk biasakan diri

Berkongsi lanjut mengenai kesihatan dirinya, Sahronizam berkata jari kelingkingnya yang putus sudah semakin pulih.

“Dua hari lepas saya baru buka balutan.

“Alhamdulillah semakin pulih walaupun aktiviti harian saya agak terbatas dan kini sedang membiasakan diri terutama untuk menggenggam barang,” ujar Sahronizam.

Terdahulu, Sahronizam yang juga suami kepada pelakon dan penyanyi Safura Ya’acob telah mengejutkan ramai pada bulan lalu apabila jari kelingking tangan kirinya putus semasa memotong ayam.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.