Coldplay Umum Adakan Konsert 4 Malam Di Singapura, Peminat Di Malaysia Ramai Tak Senang Duduk
Menerusi poster yang dikongsikan Live Nation, Coldplay bakal membuat persembahan di National Stadium, Singapura selama empat malam iaitu pada 23, 24, 26 dan 27 Januari 2024.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kumpulan rock terkenal dari Britain, Coldplay mencuri tumpuan apabila bakal membuat persembahan di Singapura selama empat malam pada Januari 2024.
Perkara tersebut diumumkan Live Nation Singapura menerusi satu ciapan di Twitter.
Menerusi poster yang dikongsikan Live Nation, Coldplay bakal membuat persembahan di National Stadium, Singapura selama empat malam iaitu pada 23, 24, 26 dan 27 Januari 2024.
Pengumuman ini sekaligus menjadikan Singapura destinasi pertama yang menyaksikan Coldplay akan beraksi pada venue sama selama empat hari.
📢 𝐂𝐨𝐥𝐝𝐩𝐥𝐚𝐲: 𝐌𝐮𝐬𝐢𝐜 𝐎𝐟 𝐓𝐡𝐞 𝐒𝐩𝐡𝐞𝐫𝐞𝐬 𝐖𝐨𝐫𝐥𝐝 𝐓𝐨𝐮𝐫 – 𝐝𝐞𝐥𝐢𝐯𝐞𝐫𝐞𝐝 𝐛𝐲 𝐃𝐇𝐋 🇸🇬
— Live Nation SG (@livenationsg) June 12, 2023
We are proud to present @coldplay's record-breaking #MOTSWT live in SG, where they’ll become the first act ever to play FOUR nights at our National Stadium! 🤩❤️🔥 pic.twitter.com/AV4qgg7tUd
Perkara ini ternyata mengubat luka peminat di Singapura memandangkan mereka sebelum ini kecewa kerana Coldplay tiada membuat sebarang pengumuman untuk mengadakan konsert di republik itu bagi jelajah Music of the Spheres World.
Namun reaksi sebaliknya diberikan peminat Coldplay di Malaysia memandangkan permintaan peminat untuk penambahan hari konsert di Kuala Lumpur belum mendapat kata putus dari mana-mana pihak.
Come on @coldplay @livenationmy
— Syefri Zulkefli 🇲🇾 (@chapree) June 12, 2023
This is absolutely unfair
Especially for those in Malaysia like me who waited for hours on the website tried to buy the ticket that day
There are huge demands for second KL show
Guess I’ll just wait till you all end up at Arena of Stars 😤 https://t.co/c6nhzeJuDu
4 days for Singaporean tourism to benefit from.
— Farhan (@lamkanahraf) June 12, 2023
Itu yang aku bengang bila orang bantah concert. They do not see the tourism benefits of it.
Malaysia has so much to offer and gain from. We must not lose out to our regional neighbors. https://t.co/7GmACwJwRY
Terdahulu tiket konsert Coldplay Live in Kuala Lumpur habis dijual dalam masa beberapa jam sahaja sebaik dibuka kepada peminat 16 Mei dan 17 Mei lalu.
Sehubungan itu satu petisyen telah dilancarkan bagi meminta Coldplay untuk mengadakan satu lagi konsert tambahan di Malaysia.
Meskipun penganjur tidak menolak kemungkinan akan adanya tambahan hari konsert, namun setakat ini belum ada sebarang pengesahan mengenai perkara itu.