fbpx
Now Reading
“Bercerai Atau Rujuk, Semuanya Datang Daripada Saya” – PU Abu Akui Bahagia Amal Poligami

“Bercerai Atau Rujuk, Semuanya Datang Daripada Saya” – PU Abu Akui Bahagia Amal Poligami

Menurut PU Abu, dakwaan dia dan isteri keduanya iaitu Hana Azraa masih belum rujuk semula adalah tidak benar kerana mereka berdua sudah lama kembali bersama secara sah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Abu mengakui dirinya berpoligami ketika memberi maklum balas mengenai status terkini rumah tangganya.

PU Abu atau nama penuhnya Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi juga mendedahkan perkahwinan bersama kedua-dua isterinya dalam keadaan baik dan bahagia.

“Ya betul, saya berpoligami dan Alhamdulillah, saya menjalani proses (poligami) yang sangat baik, kedua-dua isteri saya juga setakat ini harmoni,” katanya dipetik Kosmo.

Dakwaan PU Abu dan isteri kedua belum rujuk tidak benar

Malah, PU Abu turut menegaskan dakwaan dia dan isteri keduannya masih belum rujuk semua adalah tidak benar kerana mereka berdua sudah lama kembali bersama secara sah.

“Saya cuma boleh cakap saya ada dua isteri, selain sudah rujuk lama dengan Hana (isteri kedua).

“Bercerai atau rujuk, semuanya datang daripada saya. Saya adalah pelafaznya, segala kenyataan yang benar adalah daripada saya,” katanya lagi.

PU Abu harap doa orang ramai dan tidak lagi dipandang negatif

Menurut PU Abu, apa yang penting baginya sekarang adalah mengharapkan orang ramai mendoakan kebahagiaan rumah tangganya selain tidak lagi mahu dipandang negatif atau dikecam netizen berkaitan kontroversi sebelum ini.

“Saya minta doakan yang baik-baik sebab saya melalui proses yang sangat panjang dalam usaha membina keluarga yang lebih baik dan bahagia.

“Saya tidak mahu lagi dipandang negatif kerana dulu sebut sahaja nama PU Abu, pasti orang akan ungkit kesilapan lalu. Benda itu saya harap tidak berlaku lagi,” ujarnya.

Rumah tangga PU Abu dapat perhatian selepas isteri pertama dicerai ketika sarat mengandung

Terdahulu, kemelut rumah tangga PU Abu dan isteri pertamanya, Ain Afini mula mendapat perhatian sekitar April 2019 selepas wanita itu mendedahkan telah dicerai ketika sedang sarat mengandung tujuh bulan.

Ain memberitahu punca penceraian dia dan suami adalah disebabkan orang ketiga iaitu seorang ibu tunggal yang dikenali sebagai Hana Azraa.

Rujuk semula isteri pertama selepas dua minggu berkahwin dengan isteri kedua

Bagaimanapun, PU Abu dan Ain kembali rujuk semula selepas dua minggu perkahwinan antara dia dan Hana.

Untuk info, PU Abu dan Ain Afini dikurniakan tiga cahaya mata. Manakala Hana dan PU Abu pula yang berkahwin pada Mei 2019 mempunyai seorang anak, namun rumahtangga mereka hanya bertahan setahun sebelum bercerai.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.