fbpx
Now Reading
Tular Video ‘Katakanlah Perempuan Boleh Berpoligami’, Komen Segelintir Wanita Jadi Perhatian

Tular Video ‘Katakanlah Perempuan Boleh Berpoligami’, Komen Segelintir Wanita Jadi Perhatian

Rata-rata daripada mereka meninggalkan komen yang dilihat bergurau dan seolah-olah menyokong poligami dalam kalangan wanita serta menganggap ia satu perkara yang menyeronokkan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak beberapa minggu yang lalu, isu poligami hangat diperkatakan hingga ke hari ini. Antara yang menjadi perhatian adalah apabila seorang ahli parlimen mencadangkan agar poligami sebagai jalan penyelesaian isu wanita kahwin lambat.

Isu poligami turut dihangatkan lagi apabila influencer Alif Teega membuat pendedahan bahawa dia telah berkahwin dua ketika isteri pertama, Aisyah Hijanah sedang hamil lima bulan.

Isu ini nyata menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan warganet di media sosial. Malah, ia turut menjadi perhatian segelintir pihak seperti mufti dan pendakwah bagi mengulas isu tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: Ahli Parlimen Cadang Poligami Bantu Selesai Masalah Wanita Lambat Kahwin

Tular Video Kenyataan “Katakanlah Perempuan Boleh Berpoligami”

Terbaharu, tular pula sebuah video dengan kenyataan ‘katakanlah perempuan boleh berpoligami’ di akaun TikTok.

Menerusi video yang dimuat naik di sebuah akaun, kelihatan video tersebut memaparkan gambar animasi seorang perempuan duduk bersama dua orang lelaki di atas pelamin.

Video tersebut nyata menarik perhatian kebanyakan warganet yang terdiri daripada kalangan wanita.

Rata-rata daripada mereka meninggalkan komen yang dilihat bergurau dan seolah-olah menyokong poligami dalam kalangan wanita serta menganggap ia satu perkara yang menyeronokkan.

Namun, hasil semakan kami mendapati video asal tersebut telahpun dipadam dari akaun TikTok.

Komen Netizen Wanita Jadi Perhatian

Walau bagaimanapun, komen-komen di video berkenaan nyata menarik perhatian ramai.

Menerusi tangkap layar video tersebut yang dikongsikan di akaun Twitter (X) @Cikgu_Anep, kebanyakan warganet risau dan takut membaca komen-komen itu.

Malah, ada juga yang menganggap komen sedemikian dilihat seolah-olah mempermainkan hukum agama Islam.

Foto: Tangkap Layar Video Tik Tok
Foto: Tangkap Layar Video Tik Tok
Foto: Tangkap Layar Video Tik Tok

Kenapa Perempuan Tidak Boleh Kahwin Dua?

Menurut pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus, Islam melarang wanita berkahwin lebih dari seorang suami dalam suatu masa kerana ia boleh mendatangkan kesulitan kepada anak yang bakal dilahirkan.

“Kalau lelaki kahwin dua, empat orang isteri sekalipun, anaknya ‘bin’ suami.

“Tapi kalau ada empat suami, nak ‘bin’ siapa? Mashalatan,” kata pendakwah itu menerusi video berkenaan.

Malah, video dan komen tersebut turut mendapat perhatian seorang pakar motivasi yang dikenali sebagai Raja Muhammad Al-Mahi Raja Badrol Hisham.

Menerusi video di akaun TikToknya, beliau menjelaskan perbuatan wanita yang meninggalkan komen sedemikian dilihat seolah-olah menghalalkan perkara yang diharamkan oleh Allah.

“Bayangkan ‘kalau’ yang digunakan para-para wanita ataupun kenyataan ini ialah ‘kalau’ yang menghalalkan perkara yang diharamkan oleh Allah.

“Seolah-olah kita tidak bersyukur, kita rasakan apa Allah halang tak baik untuk kita dan kalau Allah tak halang benda tu, perkara itu lebih baik untuk kita. Berhati-hati, ‘kalau’ sebegini dikira melibatkan akidah,” jelasnya.

Berikut antara komen netizen mengenai video yang tular itu:

Bahaya Main Hukum Agama Ni, Boleh Jatuh Kafir. Bukan Semua Perkara Boleh Jadi Bahan Gurauan

Seramlah Baca Komen Perempuan Di TikTok, Kebanyakan Bini Orang Pula Tu

Jangan Main Bab Agama Ni, Takut Baca

Mengarutnya Masing-Masing

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Terkejut ‘Dimadukan’ Isteri Kedua Selepas Wanita Itu Hilang Empat Bulan

Baca Artikel Berkaitan: Peguam Syarie Dedah Kes Wanita Miliki 2 Suami, Siang Rumah Lain & Malam Rumah Lain

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.