fbpx
Now Reading
Lelaki Terkejut ‘Dimadukan’ Isteri Kedua Selepas Wanita Itu Hilang Empat Bulan

Lelaki Terkejut ‘Dimadukan’ Isteri Kedua Selepas Wanita Itu Hilang Empat Bulan

Lelaki dari Tanah Merah, Kelantan yang bekerja sebagai peniaga itu mendakwa tidak pernah menceraikan isteri keduanya itu walaupun wanita berkenaan telah hilang selama empat bulan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki di Tanah Merah, Kelantan terkejut apabila mengetahui isteri keduanya telah bernikah dengan lelaki lain pada April yang lalu.

Menurut lelaki yang berusia 47 tahun itu, pasangannya menghilangkan diri tanpa khabar berita sebelum dia mengetahui wanita berkenaan telah berkahwin lain di Mahkamah Syariah Besut melalui gambar yang dimuat naik di media sosial.

Tidak Pernah Ceraikan Isteri

Dia yang bekerja sebagai peniaga itu mendakwa tidak pernah menceraikan isterinya walaupun wanita yang dinikahinya di Narathiwat Thailand pada Januari 2019 telah melarikan diri dan hilang selama empat bulan.

“Isteri kedua saya pada awalnya tiba-tiba menghilangkan diri dari rumah pada Januari lalu. Luruh jantung saya apabila mengetahui dia berkahwin dengan lelaki lain menerusi media sosial pada April lalu.

“Meskipun berkahwin di Thailand, perkahwinan kami disahkan cukup syarat mengikut hukum syarak oleh Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah pada 6 Jun lalu dan sudah didaftarkan di Pejabat Agama Jajahan Tanah Merah untuk sijil nikah.

“Saya juga tidak pernah menceraikan dia sepanjang dia menghilangkan diri. Sebelum ini, dia pernah mendirikan perkahwinan dan bercerai dengan suami pertamanya,” katanya yang dipetik dari Kosmo.

Isteri Kahwin Baru Guna Surat Cerai Dengan Suami Pertama

Tambah lelaki berkenaan, hasil semakan mendapati isteri keduanya yang berusia 32 tahun itu membuat permohonan untuk berkahwin dengan suami baru berusia 42 tahun di Mahkamah Syariah Besut pada April yang lalu.

Malah, dia mendakwa wanita berkenaan menggunakan surat cerai dengan suami pertama sewaktu permohonan dibuat.

“Bagaimanapun, saya tidak dimaklumkan tarikh sebenar mereka berkahwin,” ujarnya.

Lelaki Buat Tuntutan Faraq Niqah

Dia bertindak memfailkan tuntutan Faraq Nikah yang merujuk kepada pembubaran perkahwinan isterinya dengan lelaki tersebut.

Peniaga itu memfailkan tuntutan itu setelah mengetahui dirinya ‘dimadukan’ oleh isterinya sendiri.

Susulan daripada tuntutan ini, Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu telah memerintahkan isteri keduanya sebagai defendan pertama dan ‘suami baharu’ wanita itu yang juga defendan kedua difaraqkan sementara.

“Mereka tidak dibenarkan tinggal bersama sebagai suami dan isteri sehingga kes kami selesai dibicarakan,” katanya.

Terdahulu, peniaga itu hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah bagi prosiding lafaz cerai talak tiga yang difailkan oleh isterinya.

Hakim Ahmad Hariri Mohd. Saat memberi masa 14 hari kepada peniaga itu membuat sumpah laknat bagi menafikan dakwaan isterinya.

Tegas lelaki berkenaan, dia tidak pernah lafaz cerai terhadap isterinya dan mereka masih sah sebagai suami isteri.

Baca Artikel Berkaitan: Peguam Syarie Dedah Kes Wanita Miliki 2 Suami, Siang Rumah Lain & Malam Rumah Lain

Baca Artikel Berkaitan: Terdesak Kerana Dibuang Kerja, Wanita Kahwini 3 Lelaki Dalam Tempoh 3 Bulan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.