fbpx
Now Reading
Roslan Shah Dakwa Ebit Lew ‘Last Minute’ Tarik Diri Dari Acara Di Singapura Hingga Penganjur Rugi RM34,000

Roslan Shah Dakwa Ebit Lew ‘Last Minute’ Tarik Diri Dari Acara Di Singapura Hingga Penganjur Rugi RM34,000

Menurut Roslan Shah, pihak penganjur terpaksa menanggung kerugian RM34,677 untuk kos penginapan, iklan dan juga sewa tapak perniagaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila pengacara Singapura, Roslan Shah meluahkan rasa kecewanya terhadap tindakan pendakwah bebas, Ebit Lew (UEL) yang menurutnya telah membatalkan penglibatan pada saat akhir di sebuah acara di Singapura.

Acara itu dimaklumkan akan berlangsung pada 23 Jun (Jumaat) ini sehingga 25 Jun (Ahad).

Pihak pengurusan tak maklum Ebit Lew tunai haji

Perkara itu diluahkan oleh pengacara berkenaan menerusi Instagram Story miliknya selepas pengurusan UEL tidak memaklumkan kepadanya tentang keberangkatan pendakwah berkenaan ke Mekah untuk melakukan ibadah Haji.

“Katanya Ebit ke sana di saat-saat akhir dan terpaksa membatalkan penglibatan untuk acara minggu ini.

“Apa yang membuatkan saya kesal adalah mereka tidak memaklumkan kepada saya sehinggalah pihak penganjur sendiri memberitahu apabila melihat perkongsian Ebit yang sudah berada di Mekah,” jelasnya dipetik mStar.

Penganjur sudah buat tempahan hotel dan iklan

Roslan menerusi hantaran di IG Story turut memaklumkan bahawa pihak penganjur telah membuat tempahan hotel dan iklan kerana pendakwah itu ingin menyertai acara tersebut.

“Harap maaf Cik Lan tak nak ada isu pasal UEL, kata dah janji untuk datang acara Expo di Singapura. Pihak penganjur dah booking hotel dan iklan kerana Cik Lan deal dengan pihak pengurusannya mahu sertai acara.

“Tadi dapat tahu UEL pergi haji, bukti mesej WhatsApp kata confirm semuanya, sekarang Cik Lan dipersalahkan lagi. ermm,” tulisnya.

Pihak penganjur rugi RM34K, kongsi di media sosial bukan berniat untuk burukkan keadaan

Dia dalam masa sama turut berkongsi beberapa tangkap layar perbualannya bersama pihak pengurusan pendakwah terbabit mengenai isut tersebut.

Jelas Roslan, gara-gara pembatalan tersebut pihak penganjur perlu menanggung kos kerugian bernilai sekitar SG$10,000 (RM34,677) untuk penginapan, pengiklanan serta sewa tapak berniaga.

“Sekarang ini saya pula yang kena menjawab. Saya hanya membantu selebriti untuk mendapatkan tempat berniaga, tetapi apabila berlaku perkara begini nama saya jadi buruk.

“Saya kongsikan di media sosial bukan untuk burukkan keadaan. Malah saya faham ibadah haji perlu diutamakan namun kenapa tidak maklumkan kepada saya. Kalau tidak dihubungi mungkin mereka akan diam sahaja,” katanya lagi.

Minta bayar semula kerugian penganjur

Dalam tangkap layar itu Roslan turut meminta UEL untuk menganti semula kerugian dialami pihak penganjur dan membersihkan namanya.

“Harap maaf, awak kena ganti rugi dengan pihak penganjur kerana sudah bayar hotel 3 malam. Sebagai orang Islam janji ditepati. Kalau tak boleh kena beritahu awal.

“Cik Lan dah beritahu suruh sertai pada Julai tetapi awak cakap UEL confirm nak sertai 22 Jun hingga 25 Jun,” katanya dalam perbualan itu.

Menurut Roslan pihak Ebit juga turut menghantar gambar bagi tujuan promosi dan itu bukan kali pertama dia berdepan dengan isu golongan selebriti membatalkan penglibatan di saat akhir.

“Saya tidak pernah menyesal atau putus asa, cuma harap ia tidak akan berulang lagi jika seseorang itu sudah berjanji.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.