fbpx

“Saya Mohon Maaf”- Da’i Syed Dedah Tiada Niat Persenda Isu Palestin [Video]

Da’i Syed sebelum ini telah dikecam oleh netizen selepas melukis darah dengan menggunakan gincu berwarna merah di bahagian bawah bibir Hana dan menyamakannya seperti darah rakyat Palestin.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, pendakwah sensasi iaitu Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 28, teruk dikecam orang ramai selepas dilihat memakaikan pewarna bibir (gincu) dengan comot di bibir isterinya, Hana Ismail.

Malah menerusi video yang tular di media sosial, ketika insiden itu berlaku kelihatan Hana seperti kurang selesa dengan perbuatan suaminya itu.

Bukan hanya itu, dia yang turut dikenali sebagai Syed telah meletakkan gincu tersebut di bawah bibir Hana semasa siaran langsung dan menyamakannya seperti darah rakyat Palestin.

Perkara itu secara tidak langsung telah menjadi perhatian netizen yang mengecam tindakan pendakwah berkenaan terdapat segelintir darinya menyifatkan Syed tidak sensitif dengan isu yang sedang melanda negara Palestin.

Baca artikel berkaitan: Da’i Syed Dikecam Lagi, Didakwa Samakan Warna Lipstik Dengan Darah Rakyat Palestin [Video]

Da’i Syed tampil mohon maaf, tiada niat persenda Palestin

Sedar diri dikecam, Syed kemudian telah tampil memohon maaf dan menjelaskan isu sebenar menerusi satu siaran langsung bersama dengan isterinya.

Menurutnya tujuan dia melukis ‘darah’ di bibir Hana dengan menggunakan gincu berwarna merah adalah sekadar untuk memperingati serta beri sokongan kepada mangsa di sana.

Jelas Syed, dia sama sekali tidak berniat untuk mempersendakan isu berkenaan.

“Demi Allah, demi al-Quran, demi rasul, saya tidak ada langsung menghina rakyat Palestin dan sebagainya sebab memang ada orang menunjukkan solidariti dengan melukis wajah. Merek conteng wajah dengan warna Palestin dan ada buat darah sikit,” ujarnya.

Pernah ke negara Timur Tengah seperti Syria dan Palestin untuk bantuan kemanusiaan

Malah dia turut menunjukkan video bahawa dia merupakan antara individu yang pergi ke negara Timur Tengah pada tahun 2019 seperti ke Syria dan Palestin untuk bantuan kemanusiaan.

“Saya ulang sekali lagi saya mohon maaf, kalau ada menguriskan perasaan anda. Saya turunkan ego saya.

“Itu yang saya perlu buatlah, mungkin ada salah tafsiran. Yelah orang melihat daripada beberapa sudut dan saya yakin, mereka yang menyertai Live saya selama dua jam itu dia tahu konteks dalam siaran itu bagaimana,” katanya lagi.

Dia juga turut memohon maaf kepada Hana yang berada di sisinya sekiranya gurauan itu adalah kasar.

@itsme_daisyedfans

Meminta maaf adalah dimuliakan. Memaafkan orang lagi mulia daripada orang yang meminta maaf. #daisyed #hanaismail

♬ bunyi asal – its.me_daisyedfans – its.me_daisyedfans
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.