fbpx
Now Reading
Jika Benar Anwar Diancam, Panggil Duta Atau Wakil Negara Terbabit – Takiyuddin

Jika Benar Anwar Diancam, Panggil Duta Atau Wakil Negara Terbabit – Takiyuddin

Menurut Takiyuddin, sekiranya benar ‘ancaman’ itu wujud tindakan wajar dilakukan Anwar adalah memanggil duta atau wakil dari negara terbabit untuk menyampaikan bantahan Malaysia kepadanya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan pihaknya menerima ugutan serta ditekan beberapa negara terutama daripada negara Barat ekoran kelantangan Malaysia dalam memperjuangkan nasib menimpa Palestin.

Pendedahan itu dibuat oleh Anwar ketika berada di Himpunan Malaysia Bersama Palestin yang diadakan di Stadium Axiata Bukit Jalil pada 24 Oktober lalu.

Malah dalam ucapan tersebut Anwar turut menegaskan bahawa Malaysia tetap dengan pendirian untuk mempertahankan hak Palestin meskipun telah dikritik, diserang oleh beberapa negara Amerika Syarikat (AS), Eropah serta Israel.

Baca artikel berkaitan: “Kamu Salah Pilih Orang” – PM Anwar Dedah Akan Terus Pertahan Palestin Meski Terima Ugutan Barat

PAS berpendapat dakwaan Anwar terima ugutan dari barat suatu yang pelik

Susulan daripada kenyataan itu, parti PAS berpendapat dakwaan dikeluarkan Anwar dalam ucapannya itu sebelum ini sebagai suatu yang pelik dan melucukan.

“Perdana Menteri, Anwar telah membuat dakwaan tersebut dalam himpunan solidariti bersama rakyat Palestin beberapa hari lepas dengan berkata ancaman tersebut diterimanya dalam ‘bentuk ‘kenyataan-kenyataan’ yang dibuat oleh Ahli Parlimen negara-negara Eropah.

“Malangnya apabila didesak oleh media supaya menjelaskan dakwaan itu, beliau enggan berbuat demikian sebaliknya berkata kerajaan akan mengeluarkan kenyataan media mengenainya,” kata Setiusaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pendirian Malaysia dalam menyokong Palestin serta mengkritik perbuatan Israel telah diketahui oleh umum malah ia bukan suatu yang baharu.

Perdana Menteri sebelum ini turut lantang bersuara isu Palestin, namun tiada ancaman dilaporkan

Katanya lagi, pemimpin negara sebelum ini seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Razak Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Datuk Sri Ismail Sabri juga dengan lantang turut bersuara dalam isu tersebut. Walau bagaimanapun tiada di antara mereka dilaporkan ‘diancam’ berhubung ketegasan dan kelantangan itu.

Bahkan Malaysia memiliki hubungan rasmi dengan kerajaan Palestin dan Hamas di bawah kepimpinan sebelum ini.

Jika benar ada ancaman, panggil duta atau wakil negara terbabit

“Jadi kenapa pula PM Anwar tiba-tiba ‘diancam’ dan ancaman itu pula adalah dalam bentuk ‘kenyataan-kenyataan’ yang dibuat oleh Ahli-ahli Parlimen?

“Sekiranya ‘ancaman’ yang dimaksudkan itu benar-benar wujud dan berlaku, bukankah sebagai ketua kerajaan, langkah wajar yang perlu diambil oleh PM ialah memanggil duta atau wakil negara terbabit bagi menyampaikan bantahan Malaysia terhadapnya, bukan membuat kenyataan tanpa penjelasan mengenainya.”

Ujar beliau, parti PAS percaya kenyataan disifatkan ‘alarmist’ itu adalah untuk menunjukkan ‘kehebatan’ serta ‘kepentingan’ Anwar. Malah ia telah menjadi ciri kekal pentadbirannya yang sehingga kini dilihat masih terkial-kial dalam mendapatkan sokongan serta kepercayaan dari awam.

“Lebih malang lagi, dakwaan itu dibuat dalam acara yang sepatutnya didedikasikan sepenuhnya kepada perjuagan rakyat Palestin, bukan menunggangnya untuk menunjukkan ‘kehebatan’ seorang pemimpin,” katanya.

Tambah Takiyuddin lagi, perkara itu juga boleh memberikan imej negatif kepada negara kerana Anwar telah membuat ‘dakwaan rambang dan khayalan’ sebegitu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.