Diumum Pegang Watak Utama Keluang Man, Pemilihan Nas-T Dapat Pelbagai Reaksi Dari Netizen
Menerusi Twitter (X), rata-rata warganet tidak bersetuju dengan pemilihan Nas-T menerajui watak utama berikutan lakonannya yang dikatakan ‘kayu’ serta fizikal yang tidak sesuai dengan Keluang Man.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak beberapa minggu yang lalu, hangat diperkatakan mengenai siri animasi popular Keluang Man yang bakal difilemkan.
Namun, teka-teki berhubung siapakah pelakon yang bakal menerajui watak utama animasi tersebut masih menjadi bualan hangat.
Walau bagaimanapun, segalanya terjawab apabila pelakon Nas Muammar Zar Nasruddin atau lebih dikenali sebagai Nas-T dipilih memegang watak utama dalam filem tersebut.
Pengumuman itu dibuat sewaktu Sidang Media memperkenalkan barisan pelakon filem Keluang Man semalam (28 November).
Nas-T Tidak Tolak Kemungkinan Wujud Pihak Tertentu Yang Tidak Puas Hati
Mengulas lanjut mengenai pemilihan itu, Nas-T tidak menolak kemungkinan ada pihak yang akan mempertikai serta mengkritik kredibilitinya sebagai pelakon.
Namun, menurut pelakon filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa itu, dia tidak berupaya untuk mengawal hak penonton atau peminat dalam menyatakan pandangan sendiri.
Malah, dia juga turut bersedia menerima segala jenis kritikan yang membina serta akan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik.
“Jujurnya, saya membesar dengan animasi Keluang Man sejak usia 12 tahun lagi selain sangat meminati filem bercorak adiwira. Jadi apabila terpilih untuk membawakan watak Borhan dan Keluang Man ini, sudah tentulah saya terkejut dan gembira.
“Pada masa yang sama rasa bangga sebab Keluang Man ini satu watak animasi yang sangat ikonik dan dekat dengan peminatnya yang menbesar di era 90-an.
“Pun begitu, saya tahu mungkin ada yang tak berpuas hati dan mempertikaikan mengapa saya yang terpilih. Tak mengapa, saya bersedia terima kritikan sebab semua orang terbuka untuk mempunyai pendapat tersendiri,” katanya.
Pemilihan Nas-T Undang Pelbagai Reaksi Warganet
Pengumuman Nas-T sebagai peneraju watak Keluang Man nyata mengundang pelbagai reaksi dari warganet.
Berdasarkan ciapan di platform Twitter (X), rata-rata warganet tidak bersetuju dengan pemilihan Nas-T menerajui watak utama berikutan lakonannya yang dikatakan ‘kayu’ serta fizikal yang tidak sesuai dengan Keluang Man.
Ada juga yang berpendapat watak tersebut lebih sesuai digalas oleh penyampai radio Jep Sepahtu serta seorang lagi pelakon dalam filem berkenaan iaitu Remy Ishak.
Namun, ada segelintir yang bersetuju dengan pemilihan pelakon tersebut dan mengharapkan agar filem yang akan ditayangkan dapat memuaskan hati penonton.
Teka-teki siapa yang bakal memegang watak ikonik adiwira animasi tempatan 1998, Keluang Man terjawab apabila Nas-T diumumkan sebagai pelakon utama.
— Astro AWANI (@501Awani) November 28, 2023
Selain Nas T, Remy Ishak dan Datuk Rosyam Noor juga akan membintangi 'live action' Keluang Man .#AWANInews pic.twitter.com/IVj3FKKiCR
Okay @AstroShaw dah reveal watak dalam KeluangMan dah reveal gais.
— brgsjks (@brgsjks) November 28, 2023
KeluangMan – Nas T
Ahmad – Datuk Rosyam Nor
Shamsir – Remy Ishak
Inspektor Sahab – lupa nama
So, pendapat korang? pic.twitter.com/YnPEBYy5Th
Selain Nas-T sebagai Keluang Man, Remy Ishak akan membawa watak Shamsir. Manakala Datuk Rosyam Nor turut diumum sebagai pelakon utama yang memegang watak Ahmad dan karakter Inspektor Sahab pula digalas oleh Anwaar Beg Mughal.
Filem arahan Anwari Ashraf ini dijangka akan menemui peminat pada tahun 2025.
Berikut antara komen warganet:
Nas-T? Aduh Lawaklah, Dia Memang Kayu Sangat Bila Berlakon
Keluang Man Bukan Patut Tinggi Ke? Macam Tak Kenalah
Cari La Yang Tinggi Sikit
Ok La Hero Muka Lain Selain Yang Selalu Keluar Dekat Wayang
Baguslah Diorang Pilih Nas-T
Baca Artikel Berkaitan: Google Hasilkan Doodle Khas Untuk Pencipta Siri Animasi Keluang Man, Arwah Kamn Ismail
Baca Artikel Berkaitan: Selepas Hampir 3 Dekad, Siri Animasi Keluang Man Bakal Difilemkan