fbpx
Now Reading
Kereta Terbakar, Roy Azman Syukur Isteri & Anak Selamat Dari Kebakaran [Video]

Kereta Terbakar, Roy Azman Syukur Isteri & Anak Selamat Dari Kebakaran [Video]

Menurut Roy, awalnya terdapat kenderaan yang membunyikan hon untuk memberitahu bahawa kereta tersebut sudah terbakar sebelum dia berhenti menyelamatkan diri bersama keluarga.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon, Roy Azman mengucapkan syukur kepada Allah SWT selepas dia, isteri dan anak bongsu terselamat daripada nahas kebakaran kereta di lebuh raya.

Kejadian kebakaran keretanya itu turut di kongsikan oleh pelakon lelaki berkenaan menerusi satu hantaran di Instagram miliknya sekitar lima jam lalu.

Menerusi hantaran tersebut Roy memaklumkan dirinya, isteri dan anak bongsu sempat keluar daripada kenderaan tersebut.

Kongsi beberapa gambar keadaan kereta lepas terbakar

Aktor yang terkenal dalam Projek Bapak Bapak itu turut berkongsi satu video dan beberapa gambar menunjukkan keadaan kereta tersebut ketika kejadian berlaku.

Dalam video berkenaan kelihatan kenderaan pelakon itu berada di bahu jalan dan api sedang marak terbakar.

Manakala perkongsian gambar pula menunjukkan pihak Bomba dan Penyelamat serta polis turut berada di tempat kejadian.

“Salam semua. Alhamdulillah saya, isteri dan anak bongsu sempat lari keluar kereta. Syukur,” tulisnya di kapsyen.

Kenderaan awalnya dihantar untuk baik pulih di Ampang sebelum terbakar

Dalam satu lagi hantaran yang dimuat naik, Roy memaklumkan awalnya kenderaan itu telah di hantar untuk ‘overhaul’ (baik pulih) di Ampang.

Dia kemudian mengambil semula kenderaan itu pada waktu petang, sebelum pergi makan di Puncak Alam bersama rakan-rakan.

“Balik daripada tu dalam 11 lebih macam tu (malam), ada kereta hon-honlah beritahu yang kereta dah terbakar. Tapi tak nampak pun ada api dekat bawah tu.

“Sebab kita tengah memandu, api tu dekat bawah dan di belakang. Sampai ada kereta hon-hon tu, masa tu nampak ada api. Nak berhenti tepi, brake pula kosong macam tak ada fungsi.

“Tapi nasib baik hand brake masih okay, tapi kereta lari sedikit dan nasib baik tak langgar pembahagi jalan. Kalau langgar tak tahu nak cakap lah kan. Sebab api tengah kuat,” katanya.

Api terus merebak besar ketika kenderaan berjaya diberhentikan, isteri sempat bawa anak keluar

Ujar pelakon itu, ketika berhenti api tersebut terus merebak menjadi besar dan mereka berada dalam keadaan cemas untuk menyelamatkan diri dan anak.

“Alhamdulillah dia (isteri) dapat keluarkan anak bongsu kami, dan kami terus lari selamatkan diri dan orang kata memang rezeki Allah SWT selamatkan daripada kejadian tak diingini.”

Dia dalam pada itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan dirinya.

Ucap terima kasih kepada yang prihatin dan mendoakan dirinya

Selain itu, Roy memaklumkan ramai yang cuba menghubunginya namun dia tidak dapat mengangkatnya dan berharap video yang dimuat naik dapat menjelaskan perkara yang berlaku.

“Terima kasih kepada semua yang prihatin, telefon, WhatsApp terlalu ramai jadi terima kasih sangat-sangat sebab anda semua memang ‘sweet’,” jelas Roy sambil memaklumkan dia selesai membuat laporan sekitar jam 6 pagi tadi dan masih belum tidur kerana banyak perkara perlu diuruskan.

“Ni dah sampai dekat tempat shooting, nak shooting pula. Tapi syukur alhamdulillah selamat. Macam kenderaan memang total lost terbakar sampai habis tapi apa yang penting keselamatan.”

Walau bagaimanapun pelakon itu tidak memaklumkan di manakah kejadian itu berlaku secara terperinci.

Melihat di ruangan komen, ramai rakan-rakan artis turut bersyukur kerana pelakon itu berada dalam keadaan selamat selain mendoakan urusannya dipermudahkan.

“Alhamdulillah semua selamat bang.. semoga Allah SWT melindungi abang sekeluarga”

“Allahu akbar.. alhamdulillah semua selamat. Semoga dipermudahkan semua urusan”

“Semoga Allah SWT lindungi abang dan keluarga, amin”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.