fbpx
Now Reading
Amir Jahari Dedah Pernah Alami Kemurungan, Insan Tersayang Jadi Penguat Semangat

Amir Jahari Dedah Pernah Alami Kemurungan, Insan Tersayang Jadi Penguat Semangat

Menurut penyanyi, Amir Jahari dia membatalkan niat menamatkan riwayat sendiri selepas terbayang wajah individu-individu yang disayanginya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kesihatan mental merupakan suatu perkara yang penting dan perlu dititik beratkan.

Malah perkara ini tidak lagi boleh dipandang enteng dan mana-mana individu yang mengalami simptom masalah mental seperti depresi, kemurungan dan sebagainya perlu mendapatkan rawatan dengan kadar segera.

Ini kerana, rawatan dan konsultasi daripada pakar dapat membantu seseorang individu untuk mengawal masalah kesihatan mental yang dialami.

Amir Jahari alami kemurungan sehingga ada niat nak tamatkan riwayat sendiri

Perkara sama turut berlaku kepada penyanyi terkenal, Amir Jahari yang mendedahkan dirinya pernah mengalami masalah gangguan mental seperti kemurungan yang teruk.

Lebih mengejutkan dia juga pernah mempunyai hasrat untuk menawatkan nyawa sendiri sebanyak tiga kali sejak tahun 2018.

Tak teruskan niat lepas teringat individu disayangi

Menurut Amir, perkara itu bagaimanapun tidak dilakukannya selepas terbayang wajah individu yang disayanginya.

“Saya pernah mengalami kemurungan yang teruk sehingga pernah terdetik untuk mengambil nyawa sendiri dengan terjun dari jambatan sebanyak tiga kali.

“Tapi alhamdulillah, saya tidak teruskan niat untuk menamatkan riwayat sendiri, sebab setiap kali saya nak terjun dari jambatan, saya akan terbayang wajah orang-orang yang saya sayangi.

“Kali pertama, saya terbayang wajah ibu saya. Ketika niat kali kedua pula, saya terbayang muka isteri dan anak. Kali ketiga, saya terbayangkan muka guru saya, Allahyarham Raja Ashman Shah,” jelasnya, dipetik Kosmo.

Nekad buat rawatan dan dapatkan bantuan

Katanya selepas mengalami detik tersebut dia kemudian nekad untuk mendapatkan rawatan serta bantuan bagi masalah kemurungan itu.

Dia juga turut bersyukur kerana selepas mendapatkan rawatan keadaannya semakin baik.

“Sejak itu, saya rasa perlukan bantuan dan rawatan dan telah berjumpa dengan pakar psikiatri, selain mengambil ubat.

“Saya bersyukur kerana keadaan saya semakin baik dan tidak lagi mengambil sebarang ubat sejak 2021.”

Amir bagaimanapun enggan berkongsi apakah punca menyebabkannya mengalami kemurungan sehingga menganggu masalah mentalnya.

Jelasnya biarlah hanya dirinya sahaja yang tahu.

Bersyukur apabila lagu Hasrat masuk peringkat akhir AJL 38

Dalam pada itu, Amir mengucapkan syukur selain turut gembira apabila lagu Hasrat yang dinyanyi dan diciptanya sendiri telah disenaraikan dalam 12 lagu yang layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL 38) pada Mac 2024.

Menurutnya dia terharu serta berasa sedih apabila terkenang sewaktu lagu itu dibuat dia menerima perkhabaran berhubung arwah bapa yang menghidap penyakit kanser pada beberapa tahun lepas.

“Saya sedih sebab lagu ini saya hasilkan sewaktu dapat tahu ayah saya menghidap penyakit kanser pada 2018.

“Selepas empat tahun melawan penyakit kanser, ayah saya telah pun meninggal dunia pada tahun lepas.

“Jadi, sebab itulah saya menitiskan air mata.”


Sekadar info bersama, sekiranya anda atau sesiapa sahaja yang anda kenali mempunyai masalah menguruskan kesihatan mental, hubungi nombor-nombor di bawah yang mungkin dapat membantu masalah tersebut:

  • Malaysian Mental Health Association (MMHA)
    +6032780 6803
    E-mail: admin@mmha.org.my
    Laman web: https://mmha.org.my/
  • BEFRIENDERS
    KL: +6 03 7956 8145 (24 jam),
    Ipoh: +6 05 547 7933 (4.00pm-11pm)
    Penang: +6 04 281 5161 (3.00pm-lewat malam)
    E-Mail: sam@befrienders.org.my
    Laman web: https://www.befrienders.org.my/
  • All Women’s Action Society (AWAM) @Telenita
    +6 03 7877 0224
    E-Mail: awam@awam.org.my
    Laman web: https://www.awam.org.my
  • Talian Heal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
    Hubungi : 15555
    Waktu Operasi : Setiap Hari (8.00 am-12.00 am)
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.