fbpx

Kemurungan Punca Ibu ‘Buang’ Anak Perempuan 11 Tahun – PDRM

Ibu kepada kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun itu dengan rela hati menyerahkannya kepada Pusat Jagaan Kanak-Kanak Perempuan TBQ Amal, Johor atas faktor kekangan hidup.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, kami ada melaporkan tentangkisah seorang kanak-kanak yang didakwa ‘dibuang’ oleh ibu kandungnya selepas berkahwin dengan suami baharu.

Menurut seorang aktivis, tindakan itu dilakukan kerana si ibu enggan dimarahi suami baharunya. Malah apa yang lebih menyedihkan lelaki itu turut menganggap anak itu sebagai masalah.

Kanak-kanak yang berusia 11 tahun itu juga sanggup menunggu ibu yang pulang kerja pada jam 11 malam dan dalam keadaan kelaparan di luar kerana tidak mahu serumah dengan suami baharu wanita berkenaan.

Baca artikel berkaitan: Ibu ‘Buang’ Anak Umur 11 Tahun Selepas Berkahwin Dengan Suami Baru

Alami masalah kemurungan, ibu rela hati lepaskan anak

Terbaharu, ibu kepada kanak-kanak perempuan dilaporkan mengalami masalah kemurungan malah tidak mahu menjaga anaknya serta dengan rela hati melepaskannya.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Johor Bharu, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak memaklumkan laporan berhubung kes itu telah diterimanya pada jam 8 malam, 15 Julai lalu.

Ujarnya, kes itu dilaporkan oleh seorang guru di sebuah taska bertempat di Taman Scientex, Pasir Gudang.

“Ibu kanak-kanak tidak sanggup menjaganya dan anak itu juga dikatakan pernah lari dari rumah.

“Ibu yang berusia sekitar 38 tahun turut telah membuat laporan pada 16 Julai (Ahad) lebih kurang jam 8.20 malam dengan rela hati telah menyerahkan kanak-kanak atas sebab kekangan hidup kepada pihak Pusat Jagaan Kanak-Kanak Perempuan TBQ Amal di Johor Bahru.

“Kes diklasifikasi rujuk lain agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” ujarnya.

Si ibu sedang dapatkan rawatan bulanan di Hospital Permai

Hasil siasatan yang dijalankan turut mendapati ibu kepada kanak-kanak berkenaan mempunyai masalah kemurungan ‘Depression Disorder’ serta sedang mendapatkan rawatan bulanan di Hospital Permai, Johor Bahru.

“Tiada dikesan elemen pengabaian, penderaan atau pun gangguan seksual ke atas kanak-kanak berkenaan.

“Orang ramai diingatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan salah faham di kalangan masyarakat.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.