fbpx
Now Reading
Lintasan Pejalan Kaki Ala ‘Shibuya Crossing’ di Jepun Bakal Dibangunkan Di Bukit Bintang

Lintasan Pejalan Kaki Ala ‘Shibuya Crossing’ di Jepun Bakal Dibangunkan Di Bukit Bintang

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bukit Bintang merupakan pusat tumpuan orang ramai termasuk rakyat Malaysia sendiri dan juga pelancong asing. Ia adalah antara kawasan paling sibuk di ibu kota kerana menghubungkan kebanyakan pusat membeli belah berhampiran.

Dalam usaha memastikan kemudahan dan keselamatan pejalan kaki lebih terjamin di lokasi itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan fasa pelintas pejalan kaki pelbagai arah atau scramble pedestrian di persimpangan lampu isyarat TL159 Jalan Sultan Ismail/Jalan Bukit Bintang.

Foto: FB DBKL
Foto: FB DBKL

Ianya akan mula dikuatkuasa pada jam 12.00 pagi, 19 Jun ini.

Sebagai gambaran jelas, scramble pedestrian ini adalah mirip dengan laluan popular di Tokyo, Jepun iaitu Shibuya Crossing.

Foto: FB DBKL

Ia merupakan spot wajib buat para pelancong untuk mengambil gambar sebagai kenangan. Kiranya kalau tak bergambar di situ, maka tak lengkap lah trip ke sana kan?

Buat yang tak pernah atau merindui momen ke kawasan popular negara matahari terbit itu, kini anda boleh merasai pengalaman yang lebih kurang sama di laluan pejalan kaki yang bakal dibuka ini.

Foto: Tokyo Cheapo

Boleh lah ambil feeling sikit di sini sementara kita masih tak boleh melancong ke luar negara.

Pasti ramai yang nak ambil OOTD di sana kan? Apapun jangan sampai menghalang laluan kenderaan pula ya!

Kredit Foto: Japan Travel

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.