fbpx
Now Reading
Dipatuk Ular Tetapi Mati Ditimbus Najis Lembu

Dipatuk Ular Tetapi Mati Ditimbus Najis Lembu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang wanita di India menemui ajal akibat lemas apabila tubuhnya ditimbus dalam najis lembu bagi mengeluarkan bisa patukan ular.

Devendri, 35, dikatakan sedang mencari kayu api di sekitar kawasan hutan berhampiran rumahnya apabila tangannya dipatuk seekor ular berbisa.

Wanita terbabit segera berlari pulang menemui suaminya yang kemudian mencadangkan agar mereka mendapatkan rawatan daripada seorang penjinak ular di Bulandshahr.

Sebaik penjinak ular dikenali sebagai Murarey itu tiba di rumah mangsa, dia mengarahkan suami Devendri, Mukesh, untuk menimbus seluruh tubuh isterinya dengan najis lembu.

Murarey percaya rawatan tersebut mampu mengeluarkan bisa ular, dengan disaksikan jiran tetangga Mukesh menimbus tubuh isterinya dengan najis lembu sementara penjinak ular tersebut duduk di sisi mangsa sambil membaca jampi.

Malangnya, Devendri disahkan meninggal dunia akibat lemas setelah hampir 75 minit ditimbus dalam najis lembu.

Menurut Mukesh, dia sama sekali tidak menyangka Devendri akan meninggal dunia kerana yakin penjinak ular tersebut mampu mengubati isterinya.

Sementara itu pihak polis berkata tiada sebarang laporan dibuat berhubung insiden itu. – Dailymail

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.