fbpx
Now Reading
Duta Perancis Cakap Bahasa Melayu Ucap Tahniah Pada Tun M

Duta Perancis Cakap Bahasa Melayu Ucap Tahniah Pada Tun M

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Duta Perancis ke Malaysia, mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia kerana telah membuat pembaharuan dalam pemilihan kerajaan dalam #PRU14

Video yang dimuat naik di laman Facebook France in Malaysia yang berdurasi satu minit itu memaparkan Frédéric Laplanche, duta Perancis ke Malaysia mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia kerana telah melakukan perubahan dalam pemilihan kerajaan.

Dalam video itu, beliau berucap penuh dalam Bahasa Malaysia dan menjadikan video itu viral di media sosial kerana telatahnya serta kepetahannya dalam berbahasa Malaysia.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada PM Tun Mahathir kerana dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia

Dalam video tersebut, beliau juga menyatakan bahawa pihak kedutaan Perancis bangga melihat proses demokrasi dijalankan di Malaysia dengan aman dan tenang.

Menurutnya, pembebasan dan pengampunan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga merupakan pencapaian hak asasi dan sumber kebahagiaan.

Jom kita sama-sama menonton video ini, memang rasa bangga jadi rakyat Malaysia!

Tahniah, Malaysia!

We've witnessed a historic week in Malaysia. The French Ambassador to Malaysia, Frédéric Laplanche, would like to congratulate the rakyat in Bahasa Malaysia.

Posted by France in Malaysia on Thursday, 17 May 2018

 Sumber : Seismik , Facebook France in Malaysia

 

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.