Now Reading
Rosmah terharu, sebak terima kunjungan penyokong

Rosmah terharu, sebak terima kunjungan penyokong

ROSMAH Mansor tidak dapat menahan perasaan terharu sehingga menitiskan air mata apabila menerima kunjungan pelbagai pihak yang ingin menyatakan sokongan kepadanya.

Sinar Harian melaporkan suasana hiba mengiringi pertemuan antara isteri bekas perdana menteri dan badan bukan kerajaan (NGO), ahli-ahli Umno serta beberapa artis tanah air yang tidak putus-putus memberikan kata semangat.

Antara rombongan yang hadir untuk memberikan sokongan adalah Persatuan Kebajikan Insan Mulia yang diwakili presidennya Aminah Abdullah, yang merupakan kenalan rapat Rosmah sejak 11 tahun lalu, bersama 50 tetamu lain.

Pertemuan itu berlangsung hampir sejam.

Aminah berkata, beliau mengumpulkan sokongan berkenan mengambil semangat ketika reformasi Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim.

Bekas wanita PKR itu berkata tekanan dilalui Rosmah dan suaminya Najib Razak pernah dihadapi Anwar pada satu ketika dahulu.

“Saya masih ingat perkara pertama yang Datin Seri Rosmah memberi reaksi pada saya ketika saya hubunginya berhubung siasatan SPRM, beliau dengan tenang berkata untuk apa dia takut kerana dia tidak salah.

“Jadi beliau sekeluarga memerlukan sokongan ramai kerana berdepan situasi sekarang ini. Sokongan ini akan berterusan, dan saya akan bawa lebih ramai agar Najib dan Rosmah lebih bersemangat,” katanya seperti dipetik portal berita itu.

Rosmah menjadi perhatian media apabila hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa lalu bagi membantu siasatan kes berhubung SRC International Sdn Bhd. – 10 Jun, 2018.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.