fbpx
Now Reading
Suri Rumah Didakwa Kelar Anak Sampai Mati

Suri Rumah Didakwa Kelar Anak Sampai Mati

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang suri rumah didakwa di Mahkamah Majistret Temerloh, hari ini, atas tuduhan membunuh anaknya berusia 19 bulan di FELDA Jengka 13, Maran, Ahad lalu.

Asmani Mat, 31, hanya mengangguk tanda memahami pertuduhan yang dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Ti Pei Si.

Tiada sebarang rekod dicatatkan daripada tertuduh yang memakai pakaian lokap berwarna jingga dan bertudung ungu.

Asmani dituduh membunuh anak lelakinya, Muhammad Nur Rashdan Muhammad Rizal di kediaman mereka di FELDA Jengka 13, Bandar Pusat Jengka, Maran, pada 17 Jun lalu.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di antara jam 8.30 malam sehingga 9 malam.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Mustafa, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam pada itu, Pei Si membenarkan permohonan Siti Hajar supaya tertuduh dirujuk ke Hospital Permai, Johor Bahru, Johor selama satu bulan bagi tujuan pemantauan berikutan wanita itu dilihat mempunyai masalah mental seperti tidak fokus.

Pei Si turut menetapkan 20 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sementara itu, suami tertuduh, Muhammad Rizal Jusoh, 42, yang hadir bersama beberapa ahli keluarganya sempat menemui isterinya dan menenangkannya sebelum prosiding bermula.

Mengikut laporan media sebelum ini, Muhammad Nur Rashdan maut selepas dikelar ibu kandungnya yang dikatakan tidak sedar dengan tindakannya itu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.