Now Reading
Momo Challenge Menghantui Kanak-Kanak

Momo Challenge Menghantui Kanak-Kanak

Pihak berkuasa di seluruh dunia telah mengeluarkan amaran kepada ibu bapa tentang challenge (cabaran) baharu yang semakin tular menggalakkan kanak-kanak membunuh diri.

Daily Mail melaporkan Momo Challenge mula mendapat perhatian sejak kebelakangan ini dan ia mencabar pengguna berkomunikasi dengan individu tidak dikenali.

Cabaran itu meminta pengguna menambah kenalan dan menghubungi seseorang digelar ‘Momo’.

Ia kemudiannya menghantar imej menakutkan dan mesej ganas yang menggalakkan keganasan atau bunuh diri.

 

Imej avatar dengan wajah perempuan agak menyeramkan itu menggunakan patung artis Jepun, Midori Hayashi yang tiada kaitan dengan permainan tersebut.

Menurut Buenos Aires Times, cabaran itu juga didakwa ada kaitan dengan kematian kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di Argentina yang dipercayai membunuh dirinya sendiri.

Jika perkara itu disahkan polis, budak terbabit merupakan mangsa pertama Momo Challenge.

Cabaran itu dilaporkan telah tersebar secara meluas menerusi aplikasi WhatsApp dan Facebook.

Sehingga kini, pihak berkuasa tidak tahu motif sebenar pelaku. – Agensi

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.