fbpx
Now Reading
Perak Mengalami Jerebu Sederhana

Perak Mengalami Jerebu Sederhana

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jerebu di Perak kini berada pada tahap sederhana dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di empat lokasi mencatatkan bacaan IPU antara 55 hingga 65 pada 9 pagi ini.

Berdasarkan laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), Taiping menjadi daerah yang mencatatkan IPU paling tinggi di negeri ini iaitu dengan bacaan IPU 65.

Ia diikuti Pegoh di Ipoh dengan bacaan IPU 64, manakala Manjung yang menjadi kawasan paling terjejas teruk semalam sudah beransur pulih dengan bacaan IPU 61.

Satu lagi lokasi di Ipoh iaitu di Tasek pula mencatatkan bacaan IPU 55.

Bacaan IPU di Tanjung Malim pula berada pada tahap baik iaitu dengan bacaan IPU 28

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.