fbpx
Now Reading
51 Item Sektor Perkhidmatan Naik Harga Selepas SST

51 Item Sektor Perkhidmatan Naik Harga Selepas SST

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas cukai jualan dan perkhidmatan (SST) diperkenalkan awal bulan lepas, banyak pihak tidak bertanggungjawab menaikkan harga secara drastik dan melebihi daripada yang sepatutnya.

Walaupun ada berlaku penurunan harga dalam sektor pengeluaran makanan, terdapat 51 item dalam sektor perkhidmatan mengalami kenaikan harga selepas SST dilaksanakan.

Gambar sekadar hiasan

Menurut Ketua Pegawai Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Zubir Hamsa, memberitahu bahawa kenaikan harga 51 item berkenaan adalah antara lima dan 10 peratus melibatkan perkhidmatan servis kenderaan dan perhotelan.

“Menariknya 29 item dari sektor pengeluaran iaitu kilang pengeluaran makanan telah mengalami penurunan harga dan harga tersebut adalah lebih rendah berbanding semasa pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) iaitu antara empat hingga enam peratus,” ujarnya.

Selain itu, Zubir mengingatkan orang ramai supaya membuat aduan kepada KPDNHEP jika berlaku perubahan harga dan aktiviti pencatutan.

“Boleh kemukakan aduan dengan keterangan yang jelas, butiran lengkap berkaitan dengan alamat tempat yang diadu, butiran barangan dan harga serta resit pembelian supaya memudahkan siasatan dan tindakan ke atas peniaga tersebut,” jelasnya.

Sumber: Astro Awani

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.