fbpx
Now Reading
Motor ‘Terbang’ Selepas Rempuh Kereta Tukar Lorong Mengejut

Motor ‘Terbang’ Selepas Rempuh Kereta Tukar Lorong Mengejut

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Benar kata orang malang tak berbau, seorang  penunggang motosikal berkuasa tinggi , mengalami patah tangan selepas motorsikalnya merempuh sebuah kereta yang menukar lorong secara mengejut di Jalan Sungai Besi menghala ke pusat bandar, sabtu lepas.

Kejadian yang berlaku sekitar 7 malam sabtu lalu itu berpunca apabila sebuah kereta Vios yang dipandu oleh seorang warga Singapura, Myo Paing, tiba-tiba menukar lorong menyebabkan mangsa, Tan Wing Chun seorang juruteknik yang sedang menunggang motosikal di lorong kanan dari belakangnya tidak sempat mengelak lalu merempuh kereta berkenaan

Dapat dilihat dengan jelas dari video berkenaan,  yang kereta Vios terbabit cuba menukar haluan secara mengejut dari sebelah kiri ke sebelah kanan  dalam cubaannya untuk memasuki laluan ke terowong Smart.

Dipetik dari Harian Metro, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Superintendan Sarifudin Mohd Saleh dalam satu kenyataannya mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan kemalangan berpunca apabila pemandu kereta mengubah haluan dari lorong kiri ke kanan sebelum dirempuh penunggang motosikal yang berada di lorongnya.

“Akibat rempuhan, mangsa hilang kawalan dan terpelanting.

“Penunggang belum membuat laporan polis dan masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur,” katanya.

Turut Sarifuddin lagi, kes  tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.