fbpx
Now Reading
Tukar Warna Kereta Hanya Dengan 1 Click, Video Kreatif Sofyank Dapat Pujian Ramai

Tukar Warna Kereta Hanya Dengan 1 Click, Video Kreatif Sofyank Dapat Pujian Ramai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Nama Sofyank bukan satu lagi nama asing bagi penggemar video kreatif dan pengguna media sosial. Anak muda ini sangat terkenal dengan hasil video kreatif yang begitu menakjubkan malah pernah bekerjasama dengan beberapa bintang luar seperti William Smith dan Zach King.

Terbaru Sofyank atau nama betulnya Mohamad Sofian bin Abdullah sekali lagi menjadi sebutan ekoran perkongsiannya mengenai satu video kreatif mengenai kebolehan dan features keselamatan terbaru kereta Toyota Vios.

Menerusi video tersebut, dia yang berkolabarosi bersama seorang lagi influencer ternama, Aiman Salim telah menyajikan beberapa scene menarik antaranya scene diorama yang bertukar kepada kawasan kedai, efek pelita yang menjadi lane jalan dan banyak lagi.

Namun yang paling mencuri tumpuan pastinya ‘transformation’ model Vios yang sedang dinaikinya menjadi Vios GR Sport hanya dengan 1 click.

Efek berkenaan nyata menarik perhatian orang ramai dengan rata-rata mereka kagum dengan kebolehan Sofyank yang turut dikenali sebagai Zach King Malaysia.

Malah netizen di semua platform baik IG, Twitter dan TikTok masing-masing berpendapat kolaborasinya bersama Aiman Salim juga berjaya menghidupan video tersebut dengan babak babak jenaka yang sinonim dengan influencer tersebut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.