Peguam Negara (AG) Tan Sri Tommy Thomas dilaporkan telah mengemukakan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri Interim Dr Mahathir Mohamad, menurut laporan berita The Edge
Memetik Malaysiakini, Thomas yang dihubungi pihak mereka hanya menjawab ‘ya’ selepas diajukan soalan berkenaan
Sumber The Edge berkata ,beliau mahu meletak jawatan ketika Tun Mahathir masih lagi menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri.
Sebelum ini Tun Mahathir melantiknya untuk satu penggal pada 4 Jun 2018. Dan ianya dijadualkan akan berakhir pada bulan Jun.