fbpx
Now Reading
Pembukaan Sekolah & IPT, MAS Tawar Diskaun 20% Kepada Pelajar, Guru & Pensyarah

Pembukaan Sekolah & IPT, MAS Tawar Diskaun 20% Kepada Pelajar, Guru & Pensyarah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menurut beliau MAS turut menawarkan diskaun yang sama kepada pelajar yang menjadi ahli program MH Explorer menerusi website syarikat penerbangan tersebut.

Mengulas lanjut, tawaran tersebut akan mula diberikan esok 9 Julai hingga 10 Ogos untuk penerbangan dari 10 Julai sehingga 30 Nov ini bagi memudahkan para pelajar serta pendidik kembali ke sekolah atau institusi pengajian tinggi (IPT) masing-masing.

“Mesyuarat mencadangkan dapat diberikan harga istimewa kepada pelajar, guru dan pensyarah kerana mereka terpaksa pulang semula ke tempat kerja dan sekolah atau IPT masing-masing. 

“Alhamdulillah, saya ucapkan terima kasih kerana Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines bersama dua pegawainya datang berjumpa saya untuk mengadakan perbincangan dan makluman mengenai perkara itu.

“Hasil daripada perjumpaan itu saya dimaklumkan bahawa Malaysia Airlines bersetuju memberi tawaran promosi iaitu yang pertama diskaun 20 peratus kepada guru pada peringkat sekolah dan pensyarah IPT awam serta swasta bagi perjalanan domestik dan tarikh penempahan bermula dari 9 Julai hingga 10 untuk tarikh perjalanan dari 10 Julai hingga 30 November 2020” jelas beliau lagi.

“Diskaun pelajar ini akan terus dinikmati sehingga 30 November 2020 atau tamat tempoh keahlian mengikut syarat MH Explorer. Saya ingin ucapkan penghargaan dan terima kasih kepada pengurusan Malaysia Airlines Berhad atas persetujuan untuk memberikan diskaun kepada pensyarah, guru dan pelajar.

Ismail Sabri dalam masa sama turut berharap agar syarikat penerbangan lain dapat turut menurunkan harga tiket mereka.

“Saya harap syarikat penerbangan lain boleh turut serta menurunkan harga tiket penerbangan ini,” katanya.

Diskaun difahamkan akan diperolehi menerusi pembelian online dengan memasukkan kod promo yang bakal diumumkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kelak.

Dalam pada itu, Menteri Pengajian tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad, dalam satu sidang media turut mengumumkan yang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) kini dibenarkan kembali ke kampus secara berperingkat mulai bulan ini, dengan kemasukan sepenuhnya pada Oktober depan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.