Bantuan RM 50 Kredit E-Penjana Mulai Esok
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Berita baik buat semua rakyat Malaysia! Bermula esok, 31 Julai 2020 orang ramai akan mula menerima RM50 kredit e-Penjana melalui aplikasi e-dompet Boost, GrabPay atau Touch ‘n Go eWallet.
Cara untuk memohonnya juga mudah dimana anda hanya perlu memuat turun dan menggunakan aplikasi MySejahtera serta salah satu dari tiga pilihan e-dompet di atas.
Difahamkan tempoh memohon RM50 kredit itu adalah bermula dari 31 Julai sehingga 24 September 2020, dan kredit tersebut perlu digunakan pada atau sebelum 30 September 2020.
Syarat-syaratnya :
Tarikh Memohon : 31 Julai 2020 – 24 September 2020
Perlu diguna : Pada atau sebelum 30 September 2020
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, program RM750 juta kredit e-Penjana itu adalah antara inisiatif di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (Penjana) yang bertujuan untuk membantu merancakkan perbelanjaan pengguna di Malaysia.
“Program ini dilaksanakan dengan kerjasama aplikasi pengesan kontak Covid-19 MySejahtera.
“Inisiatif ini terbuka kepada rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas, serta berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun.
“Setiap pemohon yang layak boleh menebus RM50 kredit e-Penjana daripada Boost, GrabPay atau Touch ‘n Go eWallet.
“Pemohon yang layak juga akan menerima padanan insentif tambahan bernilai RM50 dalam bentuk rebat tunai, baucar atau mata ganjaran sepanjang tempoh kempen,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.
Tambah Tengku Zafrul orang ramai disaran mengemas kini data di dalam aplikasi MySejahtera, manakala buat peniaga dan peruncit pula mereka perlu menghubungi penyedia perkhidmatan e-dompet berkenaan untuk mendapatkan kod QR MySejahtera bagi memastikan urus niaga e-Penjana berjalan lancar di premis mereka.
Dalam pada itu Menteri Kewangan itu turut mengingatkan kementeriannya hanya mengiktiraf 3 aplikasi e-wallet tersebut bersama aplikasi MySejahtera
“Rakyat juga diingatkan bahawa bagi tujuan pelaksanaan e-Penjana, Kementerian Kewangan hanya mengiktiraf aplikasi MySejahtera, Boost, GrabPay dan Touch ‘n Go eWallet.
“Pastikan data peribadi hanya dikongsi dengan aplikasi yang rasmi dan sahih,” katanya.