Now Reading
4 Kes Baharu Selepas 102 Hari Bebas Covid-19, New Zealand Kembali Lockdown Bandar Auckland

4 Kes Baharu Selepas 102 Hari Bebas Covid-19, New Zealand Kembali Lockdown Bandar Auckland

Begitu mengejutkan selepas lebih 100 hari bebas dari sebarang jangkitan Covid-19, New Zealand kembali mencatatkan 4 kes baharu, dengan kesemua mereka mempunyai pertalian kekeluargaan.

Kejadian berkenaan nyata mengejutkan rakyat dan pemimpinnya justeru sebagai langkah keselamatan Perdana Menteri NZ Jacinda Ardern membuat keputusan drastik dengan mengumumkan lockdown kali ke-2 buat bandar terbesar di New Zealand itu.

Polis kembali menjalankan sekatan disana Foto : NZ Herald

Pihak berkuasa disana difahamkan masih menyiasat punca jangkitan memandangkan sempadan negara mereka masih lagi ditutup kepada orang luar malah rakyat dan penduduk tetap yang di bawa balik diwajibkan menjalani kuarantin terlebih dahulu

“Selepas 102 hari, kita kembali menerima kes pertama COVID-19 luar dari kawasan kuarantin . Kita sudah bekerja keras untuk mencegah senario ini dan kami sudah bersedia untuk menghadapi perkara ini,” kata Jacinda.

Dalam pada itu , Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand, Dr Ashley Bloomfield mendedahkan seorang dari pesakit sebelum ini ada membuat lawatan ke kawasan pelancongan popular di Utara NZ , Rotorua sewaktu bersimptom.

Sebagai langkah keselamatan mereka meminta orang ramai yang ada berkunjung ke lokasi tersebut pada hujung minggu lalu untuk membuat saringan secepat mungkin.

Rakyat mula lakukan ‘panic buying’

Foto : The Advertiser

Pengumuman tersebut sekaligus menyebabkan penduduk Auckland yang khuatir mula membanjiri pasaraya dan pusat beli belah berdekatan untuk menambah stok bekalan makan mereka bagi mengharungi Lockdown tersebut.

See Also

102 hari tanpa sebarang rekod jangkitan menjadikan New Zealand sebagai negara terbaik dalam menangani penularan wabak Covid-19, Namun kehadiaran kembali kes di bandar ini membuktikan virus maut ini merupakan satu virus yang begitu degil.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.