fbpx
Now Reading
Covid-19 : Bayi 1 Tahun Meninggal Dunia

Covid-19 : Bayi 1 Tahun Meninggal Dunia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CF_5sdzg4mm/

Bayi perempuan berusia setahun menjadi mangsa paling muda pernah dilaporan meninggal dunia akibat wabak Covid-19 hari ini

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi sidang media harian yang berlangsung dirumah nya berkata, bayi tersebut mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Semporna, Sabah pada 1 Oktober lalu dan disahkan positif Covid-19 pada 5 Oktober sebelum meninggal dunia pada hari sama.

“Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan memerlukan bantuan pernafasan.

“Saringan Covid-19 didapati positif pada 5 Oktober dan bayi disahkan meninggal dunia 4.25 petang hari sama,” katanya.

3 lagi kematian membabitkan warga emas turut di laporkan hari ini menjadikan keseluruhan 4 kematian hanya dalam satu hari.

KEmatian ke 138 membabitkan lelaki warga emas berumur 60 tahun yang meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent Sandakan, manakala kes 139 juga warga emas lelaki berumur 60 tahun yang meninggal dunia di Hospital Semporna.

Manakal satu lagi kes iaitu kes 141 membabitkan warga emas lelaki berumumr 85 tahun di Hospital Pulau Pinang

Dalam pada itu, jumlah kes baharu hari ini mencatatkan rekod tertinggi dengan 691 jangkitan dimana 3 darinya merupakan kes import manakala selebihnya iaitu 688 merupakan kes tempatan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.