fbpx
Now Reading
Ibu Mengandung 9 Bulan Maut, Bayi Sempat Diselamatkan Dalam Kemalangan Di Johor

Ibu Mengandung 9 Bulan Maut, Bayi Sempat Diselamatkan Dalam Kemalangan Di Johor

Bayi yang dikandung mangsa bagaimanapaun dapat diselamatkan dan kini berada di wad penjagaan intensif (NICU) di HSI.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang wanita hamil sembilan bulan dilaporkan maut selepas terbabit dalam nahas kemalangan kereta di Kilometer 19.2 Lebuh Raya Pasir Gudang, Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Suhaimi Ishak memaklumkan siasatan awal dilakukan mendapati kejadian kemalangan berlaku pada 7 Januari sekitar jap 12.40 pagi.

“Kenderaan yang dipandu dari arah Tebrau menghala ke Pasir Gudang dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas melanggar ‘panel box’ elektrik di pembahagi jalan,” katanya.

Ibu sarat mengandung meninggal dunia, pemandu kereta alami kecederaan ringan

=Wanita hamil sembilan bulan itu berusia 28 tahun telah dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).

“Manakala pemandu perempuan berusia 30 tahun alami kecederaan ringan dan dibawa ke HSI untuk menerima rawatan.”

Menurut laporan Sinar Harian, bayi dalam kandungan wanita hamil sembilan bulan itu bagaimanapun dapat diselamatkan dan kini berada di wad penjagaan intensif bayi (NICU) di HSI.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987 Akta Pengangkutan Jalan.

Polis turut menasihatkan pengguna jalan raya untuk sentiasa mematuhi undang-undang jalanraya untuk mengelak dari

Kesan hantaran seorang individu di Facebook berhubung kejadian

Sementara itu, Mohd Sohaimi turut memaklumkan pihaknya sebelum ini telah mengesan satu hantaran di akaun Puven Rajandran yang menerima sebanyak 534 perkongsian di Facebook berhubung kejadian kemalangan tersebut.

Menerusi hantaran tersebut lelaki berkenaan memaklumkan dia telah kehilangan insan tersayang dan meminta agar pihak berkaitan mengambil tindakan selanjutnya berhubung kemalangan itu.

Malah dia dalam hantaran itu meluahkan rasa simpati terhadap mana-mana keluarga yang telah kehilangan individu tersayang sepertinya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.