PM, Dr Noor Hisham, Ketua Polis Negara & DS Ismail Sabri Antara Yang Kuarantin Kendiri 14 Hari
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Semalam kami ada melaporkan mengenai Menteri Agama, Datuk Dr Zulkili Mohamad Al Bakri yang mengesahkan dirinya positif Covid-19 dan kini sedang menjalani rawatan dan isolasi di sebuah Hospital di Negeri Sembilan.
Beliau kemudiannya menyeru kepada orang ramai yang menghadiri majlis yang turut dihadiri beliau dari 24 September – 4 Oktober untuk menjalani pemeriksaan saringan di mana-mana klinik kesihatan dengan kadar segera.
Baca artikel berkaitan : Menteri Agama sahkan dirinya positif Covid-19
Dalama masa sama KKM pula memaklumkan kesemua kontrak rapat kepada seorang individu yang disahkan positif sewaktu menghadiri Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 3 Oktober yang dipercayai merujuk kepada Dr Zulkiflii, sudah pun diberikan Surat Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Di Rumah (HSO) dan dipakaikan gelang kuarantin selama 14 hari .
Manakala ahli mesyuarat yang bukan kontak rapat dikehendaki memantau status kesihatan kendiri di rumah setiap hari selama 14 hari dengan menggunakan home assessment tool (HAT) dalam aplikasi MySejahtera.
Selaras dengan arahan KKM tersebut, kebanyakan pegawai atasan kerajaan yang hadir pada mesyuarat 3 Oktober tersebut sudahpun menjalani saringan dan kini menjalani HSO serta kuarantin kendiri.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri serta pegawai tertinggi kerajaan seperti Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador dan Ketua Pengarah Kesihatan,Tan Sri Dr Noor Hisham antara senarai yang turut menjalani kuarantin kendiri.
“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah menjalankan ujian saringan pengesanan Covid-19 ke atas semua ahli dan urusetia mesyuarat itu.
“Berdasarkan penilaian risiko yang dilakukan oleh KKM, mereka yang dikenal pasti kontak rapat semasa mesyuarat ini diberikan surat perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) selama 14 hari dari tarikh 3 Oktober lalu dan dipakaikan gelang pengawasan,” kata Perdana Menteri dalam sebuah kenyataan.
Perkara sama turut dikongsikan DS Ismail Sabri pada isnin petang sekaligus menjawab tanda tanya orang ramai kenapa sidang media harian yang seharusnya berlangsung semalam di batalkan.
“Ramai orang persoalkan kenapa tiba-tiba saya membatalkan sidang media saya hari ini (isnin)
“Sebenarnya pagi tadi saya mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri untuk membincangkan tindakan seterusnya untuk mengawal penularan Covid-19 seperti memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) zon Kota Kinabalu, termasuk Penampang dan Putatan.
“Selepas habis mesyuarat, saya dimaklumkan bahawa Menteri Hal Ehwal Agama positif COVID-19. Saya berada di dalam mesyuarat itu (bersama Zulkifli).
“Oleh itu, saya membuat keputusan segera untuk membuat swab test (ujian calitan) dan balik ke rumah untuk self-quarantine. Saya tidak mahu sidang media itu boleh membahayakan (petugas) media,” katanya dalam satu muat naik di Facebook, semalam.
Sidang Media KKM live di Facebook dari rumah Dr Noor Hisham
Memetik Harian Metro, Bagi Dr Noor Hisham pula, pegawai kanan daripada Unit Komunikasi Korporat (UKM) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan yang beliau juga sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah.
Sehubungan itu, Sidang Media DG ( Ketua Pengarah) Kesihatan akan diadakan secara live di Facebook terus dari rumah beliau tanpa kehadiran media.
“Untuk makluman, DG (Ketua Pengarah) sedang kuarantin kendiri.
“Facebook (FB) KKM akan siarkan PC (sidang media) DG (Ketua Pengarah) secara langsung jam 5.30 petang dari rumah beliau tanpa kehadiran media.
“Sebutkan nama dan media. DG akan menjawab soalan-soalan yang bertepatan,” katanya