fbpx
Now Reading
PMO Sahkan PM Tidak Jalani Rawatan Kanser, Tiada Pelantikan TPM

PMO Sahkan PM Tidak Jalani Rawatan Kanser, Tiada Pelantikan TPM

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Khabar angin yang bertiup kencang kononnya bakal ada perlantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri yang akan dilakukan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, adalah tidak benar.

Perkara itu dikongsikan Pejabat Perdana Menteri (PMO) menerusi satu kenyataan yang pada petang Isnin.

“Khabar angin yang menyatakan bahawa ada pelantikan untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah tidak benar,” katanya.

Menerusi kenyataan sama PMO turut menegaskan bahawa khabar angin yang mendakwa Muhyiddin perlu menjalani rawatan, ekoran kanser yang dialami beliau juga adalah tidak benar dan berniat jahat.

“Perdana Menteri sudah disahkan bebas daripada penyakit kanser oleh pakar perubatan yang merawat beliau,” kata kenyataan itu lagi.

Kredit Foto : Malaysiakini

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.